09 Julai 2014

Bumi Gaza Bermandi Darah Lagi

Satu lagi berita yang menyedihkan dari Gaza. Saat kita sedang bersahur sambil menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Jerman melaukkan Brazil 7-1, bumi Gaza dihujani bedilan bom dan roket dari jet pejuang dan kapal perang Israel. Mengorbankan sekurang-kurangnya 27 jiwa dan mencederakan lebih dari 130 individu setakat ini.


Kabinet Israel telah meluluskan draf memanggil 40,000 askar simpanan sebagai persiapan untuk melancarkan operasi darat. Sehingga kini, lebih dari 1,500 tentera Israel telah bersiap sedia untuk dikerahkan melancarkan serangan di sempadan Gaza.

Konflik terbaru yang bermula Isnin lalu adalah sebagai serangan balas terhadap penculikan dan pembunuhan tiga orang remaja Israel. Pihak rejim melancarkan lebih dari 60 serangan udara hingga mengorbankan 9 nyawa warga Palestin. Walaupun rejim Zionis Israel mendakwa Hamas yang bertanggungjawab terhadap penculikan tiga remaja terbabit, sehingga hari ini ianya masih belum dapat dibuktikan kesahihan tuduhan tersebut. Serangan yang dilancarkan pada Isnin lalu hanya dapat dibalas dengan 80 serangan roket oleh pejuang Palestin. Itupun belum tentu dapat menganggu-gugat pertahanan Israel yang dilengkapi dengan sistem pertahanan misil 'Iron Dome'.

Latuff Cartoons

Israel semalam turut menyatakan serangan akan dijalankan secara berterusan untuk satu jangka masa yang agak panjang. Bagaimanapun, dengan lebih dari 273 operasi serangan udara yang dilancarkan semalam, sasaran yang ditujukan lebih menghala ke arah orang-orang awam Gaza. Di bandar Khan Younis sahaja, tujuh orang telah terkorban, manakala 25 orang lagi cedera. Serangan turut melibatkan penggunaan pesawat drone yang menembak sebuah kenderaan hingga mengorbankan empat jiwa di pusat bandar Gaza.

Latuff Cartoons

Seperti biasa, dunia Islam terutamanya negara-negara Arab masih lagi 'tidur' dan tidak melakukan sebarang tindakan proaktif dalam mencegah kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin terutamanya Semenanjung Gaza. Manakala di Malaysia pula, suara kita ke arah kedamaian sudah hampir tidak kedengaran di peringkat antarabangsa walaupun dijangkakan pelbagai demonstrasi bantahan terhadap Israel akan dilakukan oleh beberapa pihak dalam masa terdekat ini.

Takkan lah kita nak mengharap Washington yang sudah tentunya akan menyokong tindakan ketenteraan Israel itu. Mujurlah dalam Kesatuan Eropah, Perancis dan Jerman yang mempunyai kekuatan ekonomi secara mandiri telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak. 

Sampai bila kita umat Islam perlu mendapat simpati dari pihak lain untuk mendapatkan keamanan di bumi sendiri?


20 ulasan:

  1. taktik yahudi Israel in boleh diduga...tika dunia asyik dgn acara2 yg mengundang tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu mrk akan membuli Pelastin dgn kekejaman n kezaliman..moga Allah membalas setiap perbuatan keji mrk dgn sehina-hinanya n Allah pelihara kemasyhlahatan bumi Pelastin n isinya...

    BalasPadam
  2. Licik mereka sengaja mahu memusnahkan saudara kita ketika dunia dilalaikan dgn demam bola. Negara arab pula tidur. Kita yg kerdil apa kemampuan? Sedih kerana kita sekadar mampu melaknat zionis israel tapi senjata tak ada. So tadah tangan berdoa setiap waktu habis solat. Moga doa-doa kita dpt meringankan beban saudara kita di sana..

    BalasPadam
  3. Ya Allah, sangat2 sedih dan hanya mampu mendoakan..

    BalasPadam
  4. aku berani bet, 2,3 hari ni banyak demonstrasi akan dilakukan.lepas tu senyap. berbuka dengan McDonald akhirnya.

    BalasPadam
  5. Pandai mereka mencari alasan untuk menyerang Gaza. Apa la sangat nyawa tiga orang Israel tu sampai macam tu sekali mereka balas balik.

    BalasPadam
  6. Israel takkan berhenti dari menyerang, hanya cari alasan je...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah hari ni kita masih bolh bangun, pergi kerja, dan hidup dgn baik..
    mereka kat sna, tidur malam pun mesti risau tentu ke esok bolh bgun.. ya allah tak ada daya nak menolong. doa minta baik2 je.

    BalasPadam
  8. Bijak! Bijak Zionis ni, mereka mengambil kesempatan dari kelekaan seluruh dunia dengan bolasepak Piala Dunia untuk menghancurkan Palestin. Marilah sama-sama kita berdoa semoga dibulan Ramadan ini Allah SWT makbulkan permintaan kita. Semoga Syawal tiba bawa kemenangan buat umat Islam Palestin, amiin...

    BalasPadam
  9. kat fb melambak2 post pasal peperangan ni.. rasa tak sanggup nak tengok..
    kesian.. semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka.. ;-(

    BalasPadam
  10. shin mmg x berdaya nk wakpe.. hanya mampu berdoa pada Allah Yang Maha Kuasa

    BalasPadam
  11. ya Allah..mmg sedih mengenang nasib dorg kt sana.. Semoga Allah membantu saudara2 kita di Gaza..

    Pray4Gaza ;-( ;-(

    BalasPadam
  12. Semoga Allah senantiasa melindungi & memudahkan perjuangan mereka memerangi kebatilan & kejahatan... aamiin.

    BalasPadam
  13. semoga Allah melindungi mereka ...

    BalasPadam
  14. Kebanyakkan negara islam membuta pekak tuli je dengan perkara ni.. especially Arab yang kaya raya disana.. hurm.. so dissapointed... ALLAH bersama kamu anak2 Palestin :(

    BalasPadam
  15. Umat islam masih leka dan tidur... berdoa sajalah untuk mereka.... tanpa berbuat apa2 tindakan... rasa kepedulian kepada sesama saudara tu seakan dah punah...

    BalasPadam
  16. Semoga Allah melindungi saudara islam kita..

    BalasPadam
  17. Allahuakbar..setiap kali tgk cite2 or gambar2 pasal kat Gaza, otometik, air mata akan mengalir...makin cembeng la tetibe...;(

    BalasPadam
  18. Gaduh gaduh gaduh, bunuh bunuh bunuh... tak habis2 la puak2 arab ni nk berbunuhan, bila la nak berdamai betul2 dgn efektif ntah?? Israel ni bukan manusia ka asyik2 nk serang gaza ni? Gigih betul la dorang buat perangai keji setan ni...

    BalasPadam