10 Julai 2014

Hewlett Packard (HP), menyokong keganasan Israel

Bagi warga Palestin, produk peranti IT jenama Hewlett Packard (HP) bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Ia merupakan salah satu produk yang digunakan untuk menindas kehidupan mereka secara langsung.

Salah satu anak syarikat HP, EDS Israel berperanan sebagai pembekal barangan dan sistem komputer untuk kegunaan Kementerian Pertahanan Israel. Disamping itu juga, mereka turut menghasilkan peralatan ketenteraan berteknologi tinggi untuk kegunaan askar dan anggota keselamatan Israel seperti Basel System, sebuah sistem permit biometrik yang memantau pergerakan para pekerja Palestin yang melalui checkpoint-checkpoint yang ada di sekitar Gaza dan Tebing Barat.

Peranti-peranti HP juga digunakan di penjara-penjara Israel yang majoritinya dihuni oleh warga Palestin. Baru-baru ini, pihak syarikat IT berkenaan turut sama melabur untuk pembangunan teknologi bagi penempatan haram Israel melalui projek Smart City di Ariel.

Ada sesiapa yang sedang gunakan produk HP sekarang ni?


14 ulasan:

  1. Komputer pejabat yang aku tengah guna untuk komen ni pun jenama HP bro. Alahai.. Dah kira menyumbang dah ni.

    BalasPadam
  2. Nasib PC kat office ni bukan brand HP. Tapi kan, kalau nak boikot, biarlah berterusan. Peringatan buat diri sendiri juga.

    p/s: Yeayyy...dah boleh komen ☺

    BalasPadam
  3. Huhu..printer kat rumah ada jenama HP..

    BalasPadam
  4. syukurlah..saya tiada produk HP. di pejabat printer Brother, pc Dell. Di rumah, printer Canon, laptop Asus dan Lenovo...
    moga Palestine bebas dari cengkaman zionist laknat....

    BalasPadam
  5. byk benda kot yak berkait rapat.. bersangkut paut.. ada bau bay bacang ngan Israel kat sekeliling kita

    BalasPadam
  6. nasib tak guna hP...ishhh geram dengan israel

    BalasPadam
  7. byk gak brand hp yg saya gunakan.. lepas nie kena cari brand lain la pual..

    BalasPadam
  8. Janganlah brand aku ni sokong Israel pula nanti. Malu den...

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. PC kat opis ni PC HP..cmane ni..

    BalasPadam
  11. Dulu ada sbijik produk keluaran hp, skarang dh tak pakai hp, brg2 aku banyak mai dari nippon... hahah

    BalasPadam
  12. Nasiblah tak guna HP... hari ini baru aku betul2 tahu ttg HP ni. T kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah x guna HP .. thanks info .

    BalasPadam