08 Julai 2014

Main Game Lepas Sahur

Masa menunggu masuknya waktu solat Subuh sesudah habis bersahur aku habiskan dengan permainan komputer yang agak baru Sim City 2013. Permainan perancangan bandar sebegini memang aku minati sejak aku mula kenali melalui versi Sim City 3000 pada tahun 1999 dahulu.

Electronic Arts
Permainan jenis ini bukanlah sekadar untuk mengisi lapang sahaja. Ianya kadangkala memerlukan kita memerah otak untuk merungkai cara kepermainannya. Malah, dari permainan inilah aku mula memahami teori hierarki keperluan Maslow.

Berdasarkan teori ini, Abraham Maslow menjelaskan terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
  • Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
  • Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
  • Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
  • Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
  • Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
Jika diperhatikan keadaan sekeliling aku, psikologi kebanyakan manusia Bani Melayu pada penghujung Ramadhan akan bergerak ke arah berlawanan dari yang sepatutnya mengutamakan keperluan kepada mengutamakan kehendak. Jadi, tak hairanlah jika pada dekat-dekat Raya nanti ada sesetengah keluarga yang sanggup membuat hutang demi membuat persiapan menyambut Raya. Padahal, sama ada kau pakai baju raya cantik ke tidak, atau langsung tak beli baju Raya sekalipun, Hari Raya tetap tiba.


12 ulasan:

  1. game yg mencabar minda itu bagus . klu org perempuan ni , raya sebenarnya lbh kpd nak melaram ... heh heh

    BalasPadam
  2. ha..ha.. melayu bani ya? tu memng epic..
    kadang terlebih khendak dripada kperluan..tambah nak hari raya..
    smuanya nak btukar ganti... wlaupun msih leh pakai

    BalasPadam
  3. Waa cool la game tu, nnt nak try la jugak ;3

    BalasPadam
  4. migraine x kalo maen? macam ada org migraine pk bajet raya.. pk raya nk balik mana huhu

    BalasPadam
  5. ada sampai berhutang demi nak menyambut raya dengan pelbagai benda yang baru ke??

    BalasPadam
  6. haha..bani Melayu ye.teringat dulu blog 'teh tarik gelas besar' suka guna istilah tu dan menyindir orang Melayu di Malaysia.too bad blog tu dah tutup.

    BalasPadam
  7. honestly niesa dari dulu sampai sekarang xreti main game ni..hahaha

    raya punya pasal..biar papa asal bergaya..hahaha..

    BalasPadam
  8. Wahh... boleh jadi dato bandar ni hehee.. Mmg klu diikutkan ramai dikalangan org2 melayu ni yg kaya dgn hutang kan... menjadi peringatan buat saya juga..

    BalasPadam
  9. Bani melayu nie kan 'Agung'... lain dari yang lain... hehehehe...

    BalasPadam
  10. mana tahan tengok orang laen bergaya...

    BalasPadam
  11. dulu suka gak main game sim sity tu...
    bagus juga game tu pada minda kita..
    berbelanjda dan beraya biarlah berpada2 :D

    BalasPadam
  12. Saya pernah dengar Abraham Mslow.. dalam buku management,,hehe. Btw, berapa minimum graphic requirement utk game tu? Ade pirate x? :3

    BalasPadam