Tangan yang menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah lebih layak disaman. Manakala orang yang meminta sedekah pula akan ditahan. Kenyataan seorang menteri berkenaan hal ini menggusarkan hati aku. Apakah tiada idea bernas yang lain dalam menyelesaikan isu ini?
Keadaan ekonomi yang semakin berantakan ini akan membawa kepada lebih ramai bilangan peminta sedekah. Jika tiada langkah penyelesaian konstruktif dalam memulihkan ekonomi seperti mengawal harga barangan keperluan, lambat laun jurang antara kaya dan miskin yang sedia ada menjadi semakin melebar.
Larangan kepada masyarakat supaya jangan memberikan sedekah, pada pandangan aku bukanlah satu langkah proaktif dalam menangani masalah peminta sedekah di Kuala Lumpur. Ia hanya memburukkan lagi keadaan pada jangka masa panjang. Mungkin sedikit sebanyak akan membentuk pemikiran masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Sure, aku tak nafikan wujudnya sindiket yang memanipulasikan peminta sedekah. Namun, kita tak boleh menafikan realiti bahawa di Malaysia terdapat masyarakat miskin yang terpaksa mengemis. Punca kepada kemiskinan itulah yang sepatutnya perlu diatasi terlebih dahulu. Bukannya mengenakan tindakan saman terhadap masyarakat berniat baik yang menghulurkan sedekah.
Apabila mengikuti perkembangan semasa di Malaysia yang semakin mengarut ni, membuatkan aku semakin sukar untuk mengukir senyuman dalam menghadapi hari-hari mendatang. Eh, kejap. Mana boleh senyum. Kena saman tak pasal. Bukankah senyuman itu adalah satu sedekah.
![]() |
Erva Maulita |
Berikut adalah salinan berita yang dipetik dari Sinar Harian berkenaan isu sedekah ini:
PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama
yg penting banyakkan sedekah di bulan ramadhan ini tu jaa ;)
BalasPadamtak dapat nak fikir cara lain dah hapus kemiskinan kat negara ni, letak pulak kesalahan tu kat orang awam.erm...
BalasPadamberi sedekah kena denda... beri kat masjid tak kena denda kot ;)
BalasPadamKalau macam ni baik sedekah dalam tabung masjid atau surau je
BalasPadammungkin nak beri pun kena tengok tempat kot.. entahlah
BalasPadamhurm... macam2 bro sekarang ni... banyak lagi alternatif lain untuk banteras pengemis ni... haih
BalasPadamentahlah..kadang2 budak2 nie macam dah hafal skrip sangat...tapi kita sedekah kat orang yang penting niat..
BalasPadamsucikan harta dengan berzakat.. sembuhkan penyakit dengan banyakkan bersedekah.. lelagi penyakit riak dan kedekut..
BalasPadamorg dtg mintak sedekah.. kita pon bagi.. niat ikhlas kerana Allah.. walo kita x sure org yak mintak sedekah tu jujur ke penipu.. yak penting.. kalo kita ada duit lebih.. kita nk sedekah kenapa mesti org len nak saman.. duit kita suka ati la kita nk derma pada sesapa... cuma kalo rasa was was tu.. lelagi pemintak sedekah yak menetapkan sekian sekian RM.. x yah la follow.. bg 50sen kalo ikhlas sedekah pon dpt pahala...
ermmm....tak thulh nk komen ap bro..yg pntg buat apa yg kita fikir baik...niat kerana Allah
BalasPadamAssalammualaikum...
BalasPadamermm... beri salah tak beri pun salah..pening gak nie. Insaallah janji ikhlas.. berilah seikhlas hati..
mselim3
yang penting niat kena ikhlas..
BalasPadamso camne skrg ni?
BalasPadamBERSEDEKAHLAH DGN RASA YAKIN DI HATI..
BalasPadamsuka hati aku nak sedekah.. duit aku.. bukan duit dia.
BalasPadamentah apa2 idea yg tak munasabah..
:-?
bersedekah seikhlas yg mungkin till jannah
BalasPadamBulan ramadhan bulan berkat banyak pahala kalau sedekah.
BalasPadamTadi ada tgk video kunan pasal ni..
BalasPadamehhh dah macam undang2 apa tah kann.. pelik lah.. kot yer pon nk dispose homeless tp jgn lah sampai org yang mmberi pun dipersalahkan.. cuba kalau dia ditempat org tu. apa dia rasa????!!! :-t
ini yang dinamakan sbg mengelat.
BalasPadamMalaysia memang semakin pelik..tp kadang2 fikir ada baiknya sbb dpt elak jenayah pemerdagangan org dan penculikan utk sindiket sedekah ni..tp kesian pula pada yg betul2 memerlukan..huhu..apa2 pun, cikgu tetap sokong hudud!
BalasPadamPada aku mcm tak masuk akal langsung.. isu pengemis haram pun masih tak tertangkap inikan pula nak saman yg memberi pulak... waduh2.. yg bener pak menteri... kok bulan2 puasa kaya gini sih.. :D :D
BalasPadamjadi..
BalasPadamkeputusannya. sedekah aje.
jadi..
BalasPadamkeputusannya. sedekah aje.
sekarang undang2 semakin lama semakin pelik...s ebenarnya ada pro dan contra..sbab stngah gedendangan tu memang ambil ksempatan atas kbaikan murni rakyat malaysia..dijadikan kerjaya.. tambah2 hasil kutipan depa dpat memng byak.. jadi mcm saya..kalau kita bsedekah biarlah iklas.,.. yg lain tu biar allah tentukan..ikut niat kita lah :)
BalasPadamkalau rasa kurang yakin tu bagi je makanan sbg sedekah, confirm dah dapat kat dia utk dia makan ^^
BalasPadaminilah otak para pak menteri kita.. hmm...
BalasPadamAda tgk satu video yang menunjukkan seorang peminta sedekah yang bekerja 12 jam sehari , dan hanya mampu menjana RM 1300 sebulan. Jumlah itu memang sgt rendah jika hidup di KL.
BalasPadamPurata sewa rumah disana sahaja RM 700 - RM 1500.
akhirnya rumah dia terbakar... ermm... sedekah tu kan ikhlas dari pemberi... agama kita pun menggalakkan kita bersedekah... tapi menteri kita halang kita bersedekah... haiyakkk...
BalasPadammemberi sedekah itu merupakan hak individu..kalau kerajaan nak bersihkan imej kota nie mungkin boleh mula dengan menghantar semula peminta sedekah yg terlibat dengan sindiket
BalasPadamRegards,
-Strider-
peliknya statement..hak masing2 la kan nk bersedekah..xde cara lain ke yg dpt dihasilkan org2 nih..
BalasPadam