Pijak memijak dan tindas menindas sudah menjadi asam garam kehidupan di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Orang kaya tindas orang miskin, itu lumrah. Orang miskin tindas orang miskin balik pun ada juga berlaku. Kalau nak tengok orang miskin tindas balik orang miskin ni kita boleh tengok di bazaar Ramadhan.
![]() |
Gambar Hiasan -Bazar Ramadhan 2013 |
Baik peniaga mahupun pembeli, dua-dua sama je saling tindas menindas. Untuk pembeli, awal-awal lagi sampai di bazaar pun dah buat perangai menindas. Parking kereta misalnya. Ruang yang terhad di Kuala Lumpur ini, akan buatkan ramai yang anggap parking di bahu jalan hingga akibatkan kesesakan jalan raya adalah perkara biasa.
Peniaga di bazaar Ramadhan ni pula, walaupun kebanyakannya orang biasa-biasa macam kita jugak. Ada yang berniaga jujur dan ada yang tidak. Ada sesetengah penjual gemar ambil kesempatan terhadap pembeli dengan menyediakan makanan yang tidak berkualiti serta dengan harga yang tidak masuk akal. Alasan yang seringkali digunakan adalah kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan harian lain seperti petrol, tarif elektrik, minyak masak, tepung gandum dan etc.
Permainan salah menyalah akan berterusan hingga menyebabkan kedua-dua belah pihak rugi. Peniaga yang jujur akan kekurangan prospek pembeli. Manakala pembeli pula merasakan diri tertipu atau pada sesetengah yang merasakan diri sendiri sebagai ''Diva'' pula akan menyamakan makanan di bazaar Ramadhan dengan sampah.
Sistem dan cara fikir masyarakat hari ini yang berteraskan material semata-mata dan mementingkan diri telah mengakibatkan berlakunya tindas-menindas sesama sendiri seperti yang berlaku di bazaar Ramadhan. Akhirnya kitaran penindasan inilah yang menghasilkan kualiti makanan yang bertaraf ''sampah''.
singgah ramadhan ke 5
BalasPadamsalam ramadan..:)
BalasPadamtahun nie banyak makanan yang dah naik harga berbanding tahun lepas.. ;-(
BalasPadamhari pertama je p bazar..tu pun beli roti john n kuih akok jek..
BalasPadamDalam apa aspek pun lumrahnya tindas-menindas sering terjadi. Usah kata bazar - politik tempat meraih pendapatan pun ada terjadi. Akibatnya bila ada kelompongan begini tercalar iman di hati. Merobek personaliti diri..
BalasPadamlangkah selamat.. masak kat umah bersama family.. seronok dpt.. sedap dpt.. pahala dpt #peace
BalasPadamlbh baik klu peniaga tu bersedekah sedikit dgn meletakkan harga yg berpatutan :) ...
BalasPadamSetuju dengan statement diatas.. kadang tak adil pada peniaga yang meniaga atas kerana "bulan puasa" tp hasilnya mmg sampah!!.. tindakan si "Diva" tu kata bazaar ramadhan serupa makanan sampah tu agak melampau.. sebab tak semua mcm tu.. as we know.. dia kan mmg pondan yang biadap dimuka bumi! :-b
BalasPadamnilah agaknya sampah yang dimaksudkan AA..huhu.tapi memang la jalan jam teruk bila kereta main parking tak agak-agak. tergesel kang baru tau
BalasPadamme loike...sbb sgt3 betul...
BalasPadamdah dah, sape nak join aku boikot bazaar ramadhan ni? masuk ni dah tiga tahun tak jejak. tapi bila tengok ada festival ramadhan kat putrajaya, dengan jualan lagi banyak dari tahun lepas2. rasa tercabar jugakdengan sistem yang mementingkan perayaan dalam setiap aspek. berpesta makan di bulan ramadhan? amboi...!
BalasPadam*kirim salam kat diva sampah tu ye.
hehehee...
botak, diva sampah tu boleh tak dikategorikan sebagai sampah masyarakat?
Padammahal juga price thn nie
BalasPadamramai nak boikot bazar ramadhan dengar2 nya...tapi saya tgk kat bazar tu berduyun duyun gak yg pergi.
BalasPadamstuju dgn stement ko bro.. ada yg jujur ada yg iklas.. kadang2 ada juga yg jual lauk n kuih yg asik rcyling..tapi insaallah klau bniaga tu jujur mesti tuhan akan bantu
BalasPadamaku rasa bazar rmadhan makin lama makin tak meriah...kedai mungkin banyak tapi majority akan jual benda yg sama...pastu harga makin mahal plak tu..
BalasPadamRegards,
-Strider-
kalau pergi bazar ramadhan saat akhir boleh dapat diskaun clearing stok... pergi pukul 7:00 petang ++ ke.
BalasPadamRezeki memasing dapat peniaga yang masakannya sedap dan murah..
BalasPadamOrg2 yg membuang sampah tu yg patut disaman dulu.. lagi banyak hasilnya dari nak saman org yg memberi sedekah.. Gajah depan mata pun dia org tak nampak, semut yg kat seberang tu yg dia org sibukkan... waduhh...
BalasPadammenyamakan makanan dengan sampah yer? tapi kadang betul juga... opismate idah beli juadah lauk utk berbuka puasa... sampai rumah buka plastik... dah berbuih... jawabnya kemana? kebakul sampah la kan... meniaga pun biarlah ikhlas...
BalasPadamsampah menyampah ni..hehe..baru 2 kali jejak bazaar tu pn nk teman org..rasa mcm xde semangat haih nk g..
BalasPadam