Cuaca panas yang melanda Malaysia kebelakangan ini mampu mendorong kepada kenaikan bil elektrik domestik. Penggunaan air-cond di rumah mahupun di pejabat mencapai tahap maksimum. Manakala bagi kereta mahupun MPV pula jika biasa air-cond pasang nombor 1, bila dah panas macam sekarang ni mau masuk-masuk terus pasang ke nombor 3. Bagi yang menunggang motosikal macam aku ni, aku akan cuba mengurangkan aktiviti perjalanan pada waktu tengahari rembang.
Keadaan terik seperti sekarang ini bukan sahaja membuatkan badan menjadi lesu, bahkan boleh menjadi penyebab kepada mengantuk akibat dari keletihan mata menghadapi silau matahari.
Para pekerja yang pekerjaannya memerlukan banyak cakap, adalah dinasihatkan supaya banyakkan meminum air. Kurang minum air membuatkan mulut mudah berbau serta kemungkinan mulut berbuih seperti yang pernah berlaku kepada menteri Facebook boleh terjadi.
Perpeluhan dalam cuaca sebegini berlaku sangat aktif sehinggakan deodorant yang aku tenyeh pagi sebelum bekerja seperti tidak berkesan. Bau badan aku menjadi semakin hangit menyaingi bau bawang yang dihasilkan oleh para Bangla-Bangla 1Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan