Para pengusaha bas sedang berusaha mendapatkan kebenaran dari pihak kerajaan untuk menaikkan harga tiket. Ia dilihat sebagai peluang mengambil kesempatan terhadap rakyat yang bakal pulang ke kampung sempena Hari Raya tidak lama lagi.
Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, aku adalah pengguna tetap bas ekspress. Boleh dikatakan, hampir kesemua bas ekspress berulang alik dari Kluang ke KL pernah aku try. Bas KKKL, bas SNS, bas Satria, Bas Transnasional, semua pernah aku naik. Cuma Cepat Ekspress dan Five Star je yang aku tak pernah naik.
Setiap minggu aku perlu membelanjakan RM25 untuk pergi dan RM25 untuk pulang. Perjalanan ulang-alik Kuala Lumpur dan Kluang ini memakan belanja sekurang-kurangnya RM50. Tak campur belanja beli jajan-jajan, cikedis semua tu.
Berdasarkan kadar kenaikan yang dipohon oleh pihak pengusaha bas, iaitu sebanyak 30%. Tambang bas ekspress KL-Kluang sudah meningkat sebanyak RM7.50, justeru harganya meningkat menjadi RM32.50. Kos ulang-alik pula menjadi RM65.00. Itu untuk perjalanan yang masih dikirakan agak dekat. Bagaimana pula untuk jarak yang lebih jauh?
Dari sudut kewangan, ia memang parah bagi golongan pekerja termasuklah bagi penjawat awam yang masih lagi tinggal berjauhan dengan anak isteri masing-masing. Berbanding dengan penjawat awam yang bujang, kos kenaikan ini lebih teruk kesannya terhadap penjawat yang sudah berkelamin oleh kerana mereka lebih kerap menggunakan perkhidmatan bas ekspress.
Urusan berulang-alik bertemu keluarga setiap minggu adalah sangat mustahak. Ia mustahak lebih dari sekadar 'menghantar air'.
teruk jugak kalau naik harga tiket.
BalasPadammenyusahkan orang sungguh -_-