Ada hikmah sebenarnya kekalahan kita 2-0 dengan Thailand semalam. Kalau kita main teruk, tapi masih lagi menang. Maka, FAM akan makin syok sendiri dan mengatakan bahawa pengurusan FAM dalam bola sepak betul, cara FAM pilih pemain adalah betul, segala yang FAM buat untuk bola sepak dianggap semuanya betul.
Walaupun Malaysia tak pernah-pernah layak ke Piala Dunia, peminat akan lupa akan salah dan silap FAM dalam bola sepak Malaysia jika Malaysia menang lagi sekali Piala AFF yang bertaraf kejohanan serantau yang sama seperti Kejohanan Bola Sepak Asia Selatan yang pernah dimenangi Bangladesh pada tahun 2003.
Justeru itu, kekalahan ini bukan hanya kesalahan pengadil K-Pop mahupun King Gobal sahaja, sebaliknya kekalahan kita berpunca daripada mutu bola sepak kita yang tidak semenggah. Kualiti bola sepak kita yang macam ni, sudah pastinya terletak pada tanggungjawab badan yang menguruskan bola sepak Malaysia.
Pastinya, FAM yang patut dipersalahkan di atas segala kehancuran yang dilakukan terhadap pencapaian barai bola sepak Malaysia semenjak era Liga Semi Pro.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan