07 Disember 2012

Crêpe

blog.amirez.com

Sekarang ni tengah musim crêpe durian. Sana sini cerita tentang nak cari resepi buat crêpe dan juga nak jual crêpe. Scene cupcakes aku tengok dah slow sikit. Ni tengah menggila crêpe pulak. Lepas ni tak tau lak musim apa.


Crêpe adalah sejenis lempeng yang sangat nipis. Pada kebiasaannya ia diperbuat menggunakan tepung gandum. Perkataan crêpe berasal dari Peranchis, diambil dari perkataan Latin, crispa, yang bermaksud "yang digulung". Walaupun crêpe berasal dari Brittany, wilayah yang terletak di barat laut Peranchis, ia telah tersebar ke seluruh Peranchis dan juga di Quebec, Kanada. Di Brittany, crêpe secara tradisinya dihidangkan bersama cider. Crêpe juga boleh dipelbagaikan hidangannya dengan bermacam inti dari seringkas-ringkas gula hinggalah ke Durian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan