02 Julai 2014

Perangkap Riak

Amalan agama, pada aku, ia adalah hal peribadi. Terutama hal-hal ibadah fardhu ain. Tidak perlu ditayang-tayang kepada umum kerana ia akan mengundang perasaan riak dan ujub dalam jiwa kita. Hari ini, berkat kemajuan teknologi, umat Islam berpeluang berkongsi aktiviti amal ibadat masing-masing di dalam media sosial. Hasilnya, terdapat sesetengah umat Islam yang up status seperti, ''done terawih'', ''done puasa sunat'', ''done bertadarus'' dan macam-macam ''done '' lagi.

Aku tak rasa ini adalah method dakwah yang berkesan. Bahkan ia mendatangkan rasa annoying buat rakan-rakan lain. Seolah-olah, kita lah yang paling taat dan paling rajin melakukan amal ibadah hingga ianya perlu dihebahkan kepada umum melalui media sosial.

Sehingga hari ini, aku masih belum lagi berjumpa dengan rakan-rakan Cina dan India yang up status seperti, ''done bakar colok'' atau ''done pergi kuil''.

-Imej diperoleh dari Facebook Ujang Budak Minang


20 ulasan:

  1. Sifat dan sikap orang kita ni sentiasa menimbulkan ujub dan riak bro.... dah tersemat dalam diri... kalau tak bagitau orang... rasa resah gelisah.... haih....

    BalasPadam
  2. sempat lagi amik gambar...subhanallah...

    BalasPadam
  3. yes, suker gile entry ni dan paling syiok gambar tuh.,... pedas sindiran dengan monopod.. hahaha.. nak copy gambar yer

    BalasPadam
  4. setuju sangat..kalau nak berdakwah pun, try la up status macam "jom gi terawih" atau "selamat berqiamulail" ke..riak ni boleh menghapuskan pahala.sia-sia je nanti, dapat dosa plak.

    done comment

    BalasPadam
  5. betul3...setuju sgt..skang nie trending kat fb adalah tunjuk gambo baru pas solat...semua nak ade ayat DONE je dekat awal perkataan...hurmmmm..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum...

    setuju dengan entry ini.. sikap menunjuk2 amalan yang dibuat adalah suatu perbuatan yang sangat dilarang dalam islam..

    mselim3

    BalasPadam
  7. kalau done diam2 lbh ok...Allah tahu niat kita done ituini kan...

    BalasPadam
  8. kalo dah bawak monopod gi mesjid.. mmg haru laaa huhu..

    BalasPadam
  9. memang riak ni susah sket nak kawal... penyakit hati... ok done ;)

    BalasPadam
  10. Pehh gambar tu.. selfie dgn imam sekali hehee.. Mmg betul tu, aku sgt setuju. Mmg tak patut update status hal2 mcm ni.. pasti akan ada riak punyalah. Astagfirullah...

    BalasPadam
  11. "done bakar colok"?... hahahah! good one bro... XD

    BalasPadam
  12. Gambar tu memang satu sindiran paling tepat! Selalunya bangsa kita jer yg terlebih dalam bab2 cam gini...
    "done komen..." hehe

    BalasPadam
  13. dalam fb aku, ade seorang awek nie berterawikh skali ngan family dalam umah pjn nk amik gambar and upload..persoalanya kalau dia sembamyang, sape pula yg amik gmbar mereka tu...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. Ada yg siap pakai telekung selfie dlm surau..tk payahlah..walaupun bukan niat tunjuk2 tp dah mcm riak pulak..

    BalasPadam
  15. kadang2 aku pu hairan. mgk diorang xde benda laen nak update dah kot.

    BalasPadam
  16. stuju..!!! kalau riak, dah jatuh hukum syirik kecil..

    BalasPadam