Syarikat penerbangan Malaysia Airlines sekali lagi ditimpa musibah. Kali ini menjadi mangsa konflik di antara Rusia dan Ukraine apabila ia ditembak misil pertahanan darat ke udara di ruang udara Donetsk, Ukraine.
![]() |
mole.my |
Seperti biasa, reaksi rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu sentiasa menarik minat aku. Permerhatian aku terhadap rakyat Malaysia berkenaan tragedi MH17 ini boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti:
1. Mereka yang terlebih menonton filem-filem dan buku-buku berkenaan teori konspirasi.
2. Mereka yang gemar menyalahkan kerajaan Malaysia terhadap apa sahaja perkara buruk yang berlaku.
3. Mereka yang berpotensi untuk mendapat 'PhD' dalam undang-undang/kejuruteraan/pengurusan penerbangan dalam masa sehari.
4. Mereka yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap segala apa isu yang muncul dan menggunakannya untuk men'capap'kan diri.
Rasa-rasa aku ni kat golongan mana?
Assalammualaikum...
BalasPadamkalau mselim3 masuk kategori mana lak yer... ambil tahu tapi jangan terpengaruh. Baca dan berfikirlah... yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Teori2 nie memang 'sedap' cuma kebenaran tidak diketahui sampai ke mana. Teori2 ini yang ramai dicari di google...
mselim3
pls: pandangan sahabat macam mana?.. saje share..
Moga mangsa nahas muslim dimasukkan dikalangan orang yang beriman. Amin.. :(
PadamArtikel baru.. artikel untuk ejen tone excel
haha....aku suka baca teori konspirasi.ada yang lawak, ada yang make sense.tapi aku tak nak la terpengaruh sangat.tu bukan membantu, tapi membantut.
BalasPadameverything yg berlaku di dunia ni, mesti akan ada org kaitkan dgn konspirasi. macam takde keje lain je.
BalasPadamkat fb.. kat forum.. kat blog.. kat mulut ke mulut.. mcm mcm plot cite leh dengar.. tp tu la.. dengar leh percaya jangan.. shin lebih prefer x amek port sgt.. bukan x kesian tp pening bila mcm mcm cite.. shin cuma doakan benda ni di permudahkan oleh Allah s.w.t. biar yak layak je dok ckp benda ni dah settlekan..
BalasPadamtp honestly.. shin harap sgt PM Najib letak jawatan.. bukan nak salahkan dia sbb incident incident mcm ni.. tp kot kot dia dah penat.. byk beno nak menjawab.. mesti ramai rakyat gembira #eh
kau golongan no. 5 kot. baca dari jauh dan buat rilek suda...
BalasPadam*aku tak berapa berkenan dengan perangai media kita sejak sehari dua ni. makin condong ke barat berbanding awal insiden.
tu lah kan, semua nak jadi wartawan terbaik..
BalasPadammcm2 depa nie...apa yg penting kita berdoa dan sedekahkan
Al-fatihah..
kenapa aku rasa macam aku si nombor 4...?? salam aidilfitri bro !
BalasPadamSekarang ni dah xminat nak terbit entri isu sensasi berturut-turut... Sekadar satu entri cukuplah sebagai informasi sahaja. Maka mungkinlah no. 4 tu terkenalah juga... sebagai entri untuk tarik trafik.
BalasPadammoga kita dari golonganyg bersimpati n turut merasai...
BalasPadamBerkongsi yg baik tu tak salah utk pengetahuan bersama. Dah namanya media.. media perdana ke, media sosial ke, sama shj... tp jenis yg tambah garam & kaki modified tu yg tak eloklah... semata2 nak sedap cerita utk kejar trafik mcm parasit pulak hmmm...
BalasPadamkalau kat FB memang byk yg ditokok tambah maklumatnya.
BalasPadamBuat rilek sudah, berdoa dan bantu stakat mana yg boleh... dan jangan join trolling, tak baik... huhuu
BalasPadamAda yg betul, ada yg ditokok tambah sesedap rasa. Kebolehan kita menilai berita itu yg utama. Kalau setiap musibah manjang nak salahkan PM dan Kerajaan....itu bukan cara yg betul.
BalasPadamAda perkara yg memang bukan di bawah kawalan kita. Yg terjadi adalah apa yg telah ditulis di luh mamfusz. Salam Aidul Fitri ABP dan maaf zahir batin dr saya sekeluarga.
kemanalah perginya abang shin yak sorang ni :(
BalasPadam