30 Jun 2014

Berbuka sampai Senak

Puasa penuh, tapi perut tetap maintain boroi. Aku kerap juga dengar keluhan macam tu dari member-member aku. Tapi aku percaya, member-member aku yang maintain boroi ni kebanyakannya berpuasa penuh. Bukan jenis yang pukul 10 pagi beratur kat drive-thru McDonald's tapau Chicken McDeluxe.

Pada hemat aku, keboroian perut sesetengah dari kita masih kekal konsisten selepas Ramadhan adalah berkait rapat dengan kadar pengambilan makanan sewaktu kita berbuka puasa. Namun apakan daya, dengan iman senipis kulit bawang ni, adalah sukar bagi kita untuk menahan godaan juadah puasa yang enak seperti murtabak, roti john, kuih-muih, nasik Arab, satay dan segala mak-nenek makanan yang boleh dibeli di bazaar Ramadhan.

Jika tidak dilatih nafsu kita ini, kita akan menjadi gelojoh sewaktu iftar. Ini seterusnya menyebabkan pengambilan jumlah kalori melebihi kuantiti yang kita perlukan. Justeru, perut yang kekenyangan ini juga akan membuatkan kita berasa malas untuk membuat amal ibadat akibat tubuh yang kepenatan menghadam makanan. Sepatutnya, kita perlu mengikut amalan berbuka secara bersederhana sebagaimana sunnah Rasulullah. Kalau diikutkan rasa nafsu, memang boleh binasa badan kita dibuatnya.

Oleh itu, tak hairanlah jikalau perut kita masih dapat mengekalkan prestasi keboroiannya walaupun tak pernah miss puasa sepanjang Ramadhan.


17 ulasan:

  1. Selamat berpuasa dik..
    apa2 pun biar lah kita bersederhana dlm apa sekali pun kannn..
    kau jgn nak mkn sampai boncet pulak tau.. hahaha
    Ikhlas pesanan dari kak Jah... kikiki :p

    BalasPadam
  2. semuanya main tapau jekan....hihihihhi

    Selamat berpuasa Bro!:D

    BalasPadam
  3. semuanya main tapau jekan....hihihihhi

    Selamat berpuasa Bro!:D

    BalasPadam
  4. hehe..memang sesetengah orang lagi naik badan lepas puasa. balik terawih mengunyah depan TV kan nikmat. ;) Salam Ramadhan!

    BalasPadam
  5. biasanya bulan puasa ni dapat lah turutnkan sikit, tapi lepas raya memang naik balik macam biasa...heee

    BalasPadam
  6. berbuka sampai senak pastu liat solat terawih... mata sudah layu ;)

    BalasPadam
  7. keboroian..hahaha..apa2 pun selamat menyambut ramadhan broo..

    BalasPadam
  8. kemunculan `param' zaman sekarang ni jadi antara penyumbang utama. jadi, mari kita boikot peniaga `param' yang cekik darah tu.

    BalasPadam
  9. Bulan puasa ni memang terasa kurang sikit boroinye...hehe... Kira berjayalah.

    BalasPadam
  10. aku pun bro..bazam tahun ni nak kurangakn berat bdan ..smperna blan puasa..
    tapi nak kuragkan berat je.boroi tak lagi,,stimslim..wlaupun nampak gemuk..
    slamat bpuasa bro

    BalasPadam
  11. Mana tak maintain boroi je, buka puasa je dah penuh 1 meja dengan makanan, macam tak pernah makan setahun. hahaha.

    BalasPadam
  12. meh amek Roti John kat umah.. shin bikin special tul abam Sylarius Yusof

    BalasPadam
  13. Sekarang pun tengah didik tuan suami beta supaya berbuka secara sedikit.... dia nak diet tapi waktu berbuka tu kalau kita masak sedap... dia makan tak hingat... nak halang pun tak sampai hati.... :)

    BalasPadam
  14. Dugaan org kita bukan sahaja nak menahan lapar dahaga... tp mcm mana nak menahan diri dari beli berlebih2an dan juga makan terlebih lebih hahaa... :D :D

    BalasPadam
  15. masa membeli kat bazaar kena berpada2. jgn main sauk je sumer makanan.

    BalasPadam
  16. susah nak diet la bulan puasa nie... berat makin menaik jerr... ;((

    BalasPadam