02 Ogos 2013

Bertadarus

Pagi ini di pejabatku telah diadakan majlis khatam al-Quran sempena tamatnya program tadarus bulan Ramadhan yang disertai oleh staf-staf. Tiada sebarang jamuan disediakan. Ye lah, bulan puasa. Hanya tazkirah daripada ketua jabatan terkandung di dalam atur cara selain daripada bacaan al-Quran beramai-ramai oleh para peserta tadarus.

Tazkirah yang berjela membuatkan mata masing-masing tunduk ke bawah. Ada yang tunduk kerana khusyuk mendengar. Ada yang tunduk melelapkan mata dan ada pula yang tunduk menghadap smartphone masing-masing. Tambahan pula majlis ini diadakan di dalam dewan yang mempunyai akses Wifi.

Mungkin kalau tazkirah ni buat sampai ke petang pun, masing-masing tak kisah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan