02 Ogos 2013

Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing

Aku takda lah nak backup sangat Maznah Yusof ni. Cuma bila tengok reaction masyarakat Muslim kat Malaysia ni, yang aku rasa memang tak boleh blah. Berdegor-degor komen cerita pasal dosa pahala berkenaan Chetz a.k.a Maznah Yusof upload video bela anjing, tapi dalam default picture (DP) rilek je gambar peluk awek.

Ok, pasal hukum memegang anjing, ia adalah haram kerana ianya najis dan takda pulak dalil yang menyebut haram menyentuhnya. Cuma yang ada, dalil yang haram memakannya:

Firman Allah yang bermaksud :
 “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah”. kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)
 Berdasarkan dalil-dalil di atas, menunjukkan bahawa adalah jelas haram memakan anjing, babi dan keturunannya dan tiada pula dalil yang menyatakan haram menyentuh kedua-dua jenis najis mughallazah terbabit.

Manakala dalil pengharaman menyentuh awek atau insan bukan muhrim pula:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa 
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." 
Bersentuhan dengan sengaja dan atau bertujuan yang ke arah zina i.e. ringan-ringan, peluk-peluk, cium-cium dan sebagainya adalah berdosa dan wajib bertaubat bagi membersihkan dosa. Padahal menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan tanpa perlu bertaubat. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan yang jatuh hukum dosa atau maksiat. Tapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, 
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi) 
Walaubagaimanapun, ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan berkemungkinan aku juga tergolong di dalam golongan Muslim keliru ini. Bukan je keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa kita disedari.

Prioriti. Kita sering tersalah prioriti.

Dibandingkan dengan respon kita terhadap kes memegang anjing dan kes-kes gejala sosial yang remaja zaman sekarang dok buat adalah ibarat langit dan bumi. Seolah-olah kita tak kisah langsung dengan pergaulan bebas majoriti remaja-remaja sekarang berbanding dengan seorang individu 'forever alone' yang menyentuh anjing.

8 ulasan:

  1. Pucuk pangkal balik pada ajaran al-quran!

    Ibaratnya kini mengharamkan arak tapi boleh dijual merata-rata tempat. Sedangkan apa juga yg melibatkan arak dari awal hingga akhir itu adalah haram - macam mana tu. Kakak malas nak ulas...

    psst... tapi kakak pun hairan kenapalah nak sangat anjing tu kucing kan boleh. tak pun nak ganas sikit bela aje monyet!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dia tertarik atas sifat-sifat kesetiaan yang tiada pada haiwan lain sebagaimana ada pada anjing dia.

      Padam
  2. teringat isu (beberapa tahun dulu) pasal pelajar perempuan yang memeluk khinzir, kecoh dalam ruang siber. tapi impaknya tak macam sekarang sebab sekarang ramai orang tengah tunggu peluang nak jadi `pemula kontroversi'. tambahan pulak masing-masing nak berjuang kononnya sebagai pembela agama. sebab tu video maznah yang bukan sehari dua wujud baru sekarang nak meletup.

    maaf, sekadar pendapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang berkata isu mengenai video anjing ni sengaja disensasikan untuk mengalih dari isu yang lebih penting, seperti isu kenaikan harga barangan keperluan termasuklah tarif elektrif, gas memasak dan sebagainya.

      Padam
  3. huih, boleh dikatakan pendapat bro ni mmg sejibik-sejibonlah dgn pendapat gua, terbaiklah ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang, apa yang dipaparkan dalam media mainstream ni, kita kena perati betul-betul apa yang depa dok tulih. Bak kata omputih, 'read between the lines'.

      Padam
  4. biasa la tuh. org melayu. aku pun hairan gak apa masalah nyer ngan pegang anjing. janji lps pegang tuh, samak la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lepas pegang awek tak boleh samak. Kalau mandi wajib tu, mungkin. Hahaha

      Padam