Berbanding bebudak zaman sekarang, bebudak zaman gua mengalami perubahan teknologi yang lebih perlahan. First, gua dapat main handheld masa darjah 1. Handheld paling solid zaman tu, Brick Games, Tetris versi handheld buatan China. Lepas tu pulak gua mula layan game konsol Micro Genius masa naik Darjah 2.
Dah besar sikit naik sekolah menengah zaman lagu 'Cinta IT' yang Siti nyanyi, gua layan lepak 'Cyber Cafe' (CC) sementara tunggu masuk sekolah sesi petang untuk main permainan komputer seperti Red Alert 95 dan Starcraft. Ada masa gua main kat CC, ada masa gua tengok-tengok orang lain main. Tapi yang banyaknya, gua tumpang tengok orang lain main je. Nak main kang, mau gua berlapor waktu rehat kat sekolah nanti.
Masa duduk asrama Teknik Ipoh, gua masih lagi dengan perangai lepak CC ni. Hujung minggu asal outing je, sure akan lepak kat CC area Taman Cempaka. Taman Cempaka ni memang bersepah dengan CC. Cuma ada masanya, CC-CC ni akan jadi tak best bila penuh dengan bebudak Politeknik Ungku Omar nak buat assignment last-last minit. Member-member hostel aku cakap kalau nak best main kat CC ni kena 'fly' waktu malam. Orang tak ramai, dia punya rate pun lagi murah. Sebagai pelajar yang bajet cemerlang, gua tak follow hasutan-hasutan iblis macam tu. Gua tabahkan hati untuk tunggu hujung minggu je.
Habis SPM, gua masuk Tingkatan 6 kat Sultan Yussuf School. Mungkin, darah nerd ni memang mengalir di dalam tubuh gua ni lalu membuatkan gua lebih berahi terhadap PC berbanding menjalinkan hubungan cinta monyet dengan makwe-makwe Form 6 kat sekolah gua. Gua lebih banyak menghabiskan masa lepak di makmal komputer daripada stay kat kelas. Kadang bila ada PC rosak, gua akan tolong repair sendiri tanpa disuruh-suruh oleh Guru Penyelaras Bestari yang handle lab tu. Bukan sepanjang masa gua lepak kat makmal tu, ada masanya lah. Cuma ada waktunya, sampai terbabas waktu pembelajaran. Tapi bila dah Form 6 ni, cikgu pun malas nak campur. Pandai-pandai la dah besar panjang.
Perangai lepak CC masih lagi diteruskan dengan melepak di CC di sekitar pekan Batu Gajah dan juga di Ara Payung. Kali ni boleh lepak lama sikit sebab ada alasan untuk buat assignment. Padahal main Ragnarok Online je yang lebih dan kadangkala selit-selit menonton video Alizee.
Memburukkan keadaan, adik gua berjaya menghasut bapak gua membelikan PSOne. Balik je dari sekolah tak salin baju terus ngadap PS. Jadi, rutin gua sepanjang study form 6 adalah; lepak makmal komputer waktu sekolah, pastu sambung lepak CC, petang sikit main PS sampai dekat pukul 6.30 baru keluar pegi main bola. Maka, adalah tidak memeranjatkan jikalau result STPM gua barai. Bila ditanya kenapa barai, gua jawab gua susah nak perform sebab gua ambik Science stream yang memang susah ya rabbi.
Mantaps...teknologi memang sangat membantu
BalasPadam