31 Mei 2013

Polis cadang zon 'tanpa motosikal' bendung jenayah?

bikepics.com
Di dalam Facebook sekarang ni diberitakan bahawa, pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah. Gua tak pasti dari mana datangnya kesahihan berita ni, sebab gua dah merata Google berita ni, tapi buat masa ni gua cuma jumpa ulasan dari Malaysian Kini sahaja. Berikut adalah copy paste daripada berita yang dishare daripada Facebook memandangkan tiada link ke sumber rasmi kenyataan IGP tersebut;

Polis cadang zon 'tanpa motosikal' bendung jenayah
11:15AM Mei 31 2013


Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.

Dalam temu-bual dengan Astro Awani semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata ini adalah antara beberapa langkah "drastik" yang dicadangkan untuk menangani masalah tersebut.
Menurutnya, 90 peratus jenayah jalanan dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.
Khalid berkata, strategi itu mungkin dilihat agak drastik tetapi tambahnya, jika ia boleh dilaksanakan di bandar besar di negara lain, mengapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini.
Langkah itu, katanya, akan menjadikan masyarakat lebih selamat, supaya orang ramai boleh meneruskan aktiviti mereka tanpa gangguan penjenayah bermotosikal.
Katanya, kawasan-kawasan terbabit akan digelar sebagai "zon selamat".
Satu lagi cadangan, tegas Khalid, ialah nombor plat dijadikan barangan kawalan, yang bukan di bawah bidangkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
Khalid yang baru dilantik sebagai ketua polis negara berkata, tiga bidang tumpuannya sekarang ialah: Membendung perhimpunan haram, pencegahan jenayah dan integriti pasukan polis.

Gua harap-harap cadangan ini tidak dilaksanakan hendaknya. Kalau dilaksanakan, memang menyusahkan orang-orang marhaen macam gua ni nak ulang-alik kerja. Takkan nak harapkan public transport kot? Mau hari-hari punchcard merah.

Walaubagaimanapun, bukannya semua orang boleh paham permasalahan penunggang motosikal ni. Tambah-tambah pengguna jalan raya yang jenis tak pernah bawak moto. Pandangan sesetengah pengguna kereta yang sempit pemikiran pastinya akan pukul rata anggap semua yang bawak moto semuanya spesis rempit. Habis tu, macam mana nak kira dengan golongan pekerja macam kami ni yang memang kenderaan utamanya hanyalah motosikal?

Memang ada segelintir penunggang yang bawak macam setan, tapi, sebagaimana pemandu kereta dan kenderaan 4 roda yang lain, ada jugak yang bawak macam setan. Tak semestinya hanya orang-orang yang bawak kereta ni bertamadun, yang bawak motor ni bersikap seperti kaum gasar.
Pokok pangkalnya bukan apa yang dipandu, ianya bergantung kepada sikap orang yang memandunya.


tapi aku setuju jugak kalo diwujudkan zon larangan bermotosikal nie... contohi lah negara2 maju, yang motosikal kuasa besar sahaja blh dibawak...yang motosikal cabuk bawah 500cc tu dikira basikal berenjen jer..khas utk org2 tua dan bawaan nya tak lemebihi 20km sejam...

Ah, iye. Kau pernah cuba bawak R1 pegi beli lauk kat pasor? Mana nak diletakkan barang-barang yang dibeli tu? Kan? Ha, apa dia? Sangkut kat handle macam kat basikal? Kot kejap lagi ayam, sayur, ikan entah berterabur ke mana, yang bawak motornya tergolek entah kemana. Motor kapcai a.k.a motorsikal cabuk tu ada features yang motor-motor besar ni takda, tahu? Motor kapcai ni ada raga. Mana ada motor-motor besar ni gi taruk raga. Pada raga ni lah, bolehlah diletakkan barang-barang keperluan harian untuk dibawa pulang. Motor-motor besar ni nak buat riadah, oklah.

Diharapkan, cadangan daripada IGP tu, kalau boleh janganlah dilaksanakan. Mengarut betul. Takkan berdasarkan report yang mengatakan 90% jenayah dilakukan menggunakan motorsikal, terus nak haramkan motorsikal masuk bandar. Ini samalah jugak mengharamkan penggunaan semua jenis parang termasuk untuk belah buah nyior disebabkan oleh 90% penjenayah menyerang menggunakan parang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan