Semasa saya tinggal di asrama ketika di bangku persekolahan menengah dahulu, rutin yang amat dibenci oleh saya adalah mencuci pakaian. Di asrama saya, kemudahan jentera membasuh baju tidak disediakan. Hanya perkhidmatan dobi seminggu sekali sahaja yang disediakan. Itupun terhad kepada seorang 5 helai pakaian dan spender tidak dibenarkan sama sekali di basuh menggunakan perkhidmatan dobi. Sekali-sekala rakan sedorm saya yang jenis pemalas ya rabbi, akan menyeludup spender mereka ke poket-poket seluar yang akan dihantar ke dobi.
Mana-mana pakaian yang tidak sempat dihantar ke dobi, saya akan basuh secara manual menggunakan tulang empat kerat saya kerana kadangkala apabila sudah terlalu banyak pakaian, saya akan mencuci menggunakan kaki.
Saya tidak pernah menyuruh junior-junior saya membasuh pakaian saya walaupun saya menjawat jawatan ketua dorm, kerana ia akan melanggar prinsip saya selalu ketua dorm yang berwawasan dan berperi pekerti mulia.
Mak saya gembira apabila mendapat tahu saya sudah pandai mencuci pakaian sendiri semenjak tinggal di asrama. Beban tugas suri rumahnya akan berkurangan apabila pakaian-pakaian saya akan diuruskan saya sendiri. Namun beliau telah silap, ada masa saya akan menjadi malas macam gampang di asrama dan akan mengumpulkan pakaian kotor saya untuk dibawa pulang ke kampung untuk dibasuh oleh mak saya menggunakan mesin basuh automatik di rumah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan