22 November 2012

Ajaran Boikot


Sana sini bercerita tentang boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel. Aku yakin yang boikot ni hanyalah sementara sahaja. Bak kata pepatah, hot-hot chicken shit.

Nanti, bila dah reda sikit serangan Israel kat Palestin tu, sambung balik lepak-lepak i.e. ngedate kat McDonalds dan beli produk-produk dari syarikat yang dikatakan memberi bantuan kewangan kepada Israel.

Biasalah, Malaysian. Semua benda buat ikut musim. Tak pernah nya nak serius. Lagipun, dah hari-hari kena suap dengan iklan dan ditambah pulak dengan budaya konsumerisme kita yang gemar beli, beli dan terus membeli, membuatkan pemboikotan ini hanyalah sekadar sementara sahaja.

Atau, cuma segan tak boikot kang, nanti kena ngumpat dek orang je nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan