01 Julai 2014

Oh Hujan, turunlah Kau membasahi Bumi

Musim panas akibat fenomena El-Nino sekarang ni, memang amat terasa sekali bahangnya. Jadi, pakar-pakar meteorologi merasakan bahawa hujan dijangka berkurangan. Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang sememangnya senantiasa panas, menjadi bertambah panas.

Nany Photography
Apabila hujan sudah mula jarang-jarang turun, maka ''gangguan bekalan air tidak berjadual'' akan semakin kerap berlaku. Nak kata panas langsung takda awan, sekali-sekala aku tengok kat langit, ada je awan-awan kumulonimbus.

Apakah pihak-pihak berwajib tidak melakukan kerja-kerja pembenihan awan?

Adakah nak tunggu sampai empangan-empangan di Selangor ni kering-kontang baru nak buat? Sampai bila nak buat catuan air ni? Teknologi dah ada, tapi kenapa nak tangguh lama-lama? Lepas Raya baru terhegeh-hegeh nak selesaikan masalah? Memang dah terlambat la beb.

Nama je duduk kat KL, tapi bila time takda air, rasa macam duduk kat dunia negara ketiga kat Afrika. Menteri dah tak payah susah-susah nak halau rakyat pergi duduk kat Afrika, kat KL pun dah boleh rasa macam duduk kat sana.


22 ulasan:

  1. hehe..pedas ni!KL ni kira ada la jugak..kat Johor katanya lagi dah lama tak hujan

    BalasPadam
  2. ahad hari tu, hujan petang. jiran india aku tegur "wah, puasa je terus hujan la". aku pun tunjuk isyarat bagus. hehehee...

    BalasPadam
  3. Masa akak kerja kt SYABAS dulu, district kena tunggu arahan dari HQ baru diorang akan set up ERP.. means dat bila dah kritikal baru nak buat Emergency Response Plan (ERP)
    level kolam & empangan diorang sentiasa pantau.. tapi tak tau lah kenapa mst ada catuan air lagi.. pening betul! [-(

    BalasPadam
  4. teringat kata2 seorang pakcik semasa ditemuramah berita tv3 dulu, katanya 'nikmat kurniaan Allah (air) ni klu diurus dengan baik, takkan x pernah cukup'.

    BalasPadam
  5. wahh memang panas dan lagi panas terus panas (hot isu ) hehehe itulah...

    BalasPadam
  6. kat kawasan aku baru semalam hujan lebat.

    BalasPadam
  7. mmg panas sgt sgt.. tp Alhamdulillah.. air kat Kulai still melimpah.. hope jgn la putus putus #hukk

    BalasPadam
  8. memang susah bila xdak ayaq ni..kat taman sy ni depa buat apa ntah sampai tetiba ayaq jadi slow semacam..huhuhu

    BalasPadam
  9. semoga hujan turun lagi seperti hari2 sblm ini ... aaamin .

    BalasPadam
  10. Area saya pun lama tak hujan...kesian tanaman....

    BalasPadam
  11. rumah idah minggu lepas seminggu malam jer tak ada air... sampai ke pagi... syukur semenjak puasa ok pulak... :D

    BalasPadam
  12. kalau hujan turun..rasa macam nak buat kenduri doa selamat plak :)

    BalasPadam
  13. smalam hujan ada turun.. setitik dua je.. alhamdulillah buat segarkan pokok dan katak ;)

    BalasPadam
  14. masalah negara yg besar ni kan...

    BalasPadam
  15. Mmg panas skrng bro, lebih2 lagi time petang.. bahangnya menyengat... ada satu malam je hujan lebat. Skrng dah tak de...

    BalasPadam
  16. semoga Allah melimpahkan RahmatNya dibulan yang mulia ini,kak ana singgah klik2 nuff disini..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah petang nie hujan bro...rasanya kat tempat ko pun sama gak and amaun hujan yang turun juga agak banyak....

    Regards
    ,-Strider-

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah,walauapapun dugaan,tabah menghadapinya dengan redha...in shaa allah.

    BalasPadam
  19. Ujian buat rakyat bila bab air dipolitikkan sebenarnya dik. Tak kan selamanya nak tunggu hujan. Kat negara panas yg kurang hujan kenapa boleh ada air sepanjang masa? Mekah tu hujan setahun sekali-dua aje tapi merungut tak ada air ada tak? Tak ada kan...

    Sudah sampai masa rakyat kena celik mata sebenarnya agar masalah tak menimpa diri kita sendiri. Tak tahulah apa akan jadi pada anak-cucu kelak kalau selamanya macam ini.

    BalasPadam
  20. Bukan sebab panas dan tidak hujan punca bekalan air xde... Semuanya sebab politik. Dubai yg hanya sebuah padang pasir tandus pun xde masalah air...malah maju dan membangun lagi!

    BalasPadam