22 Jun 2014

Timun dan Durian

Kisah rumah kampung di bandar-bandar disodok oleh pihak berkuasa tempatan atas pelbagai alasan yang lebih mengutamakan pemaju sudah kerap kali berlaku. Rumah-rumah kampung yang didiami lebih dari setengah abad disodok atas nama pembangunan.

Berkali-kali dibantah dan disuarakan tentang hak dan kebenaran penduduk kampung, akhirnya penduduk kampung tetap juga dihalau keluar dari rumah sendiri. Jika ada pampasan dan ganti rugi sekalipun, ianya tidak setimpal. Malah, rumah yang diberikan juga jauh lebih sempit dan hanya diberikan dua buah bilik tidur sahaja. Tentunya, bilik tidur yang kecil bilangannya ini menyukarkan keluarga yang mempunyai anak ramai. Entah berapa ribu kes gejala sosial yang diakibatkan oleh masalah rumah pangsa yang sempit ini.

Jika dibiar, hidup kita merana. Jika dibantah, katanya kita menderhaka pemerintah pula. Nak buat macam mana, kita mentimun mereka pula durian. Manakan boleh timun melawan durian.

17 ulasan:

  1. Itulah nasib mentimun... nak bersuara, sendiri yg lagi merana... :(

    BalasPadam
  2. jikalau sememangnya berhak pertahankanlah hak itu walau sebuah rumah kecil di tengah kotaraya..biar jadi timun pahit yg xboleh dikunyah...

    BalasPadam
  3. diluah mati emak, ditelan mati bapak.. hmm..

    BalasPadam
  4. SY kisah timun dan durian ni berlaku dimana-mana, dalam organisasi pejabat sendiri pun itulah realitinya,antara staff dan majikan contohnya...

    BalasPadam
  5. jika durian dijadikan tempoyak, cicah mentimun sedap jua :) hiduplah atas kaki sendiri sehingga akhir.. nak buat macamana ... pemerintah sedemikian rupa :)

    BalasPadam
  6. bila dibaca, complicated jugak isu nih sebenarnya, melibatkan hak dan harta pusaka... tapi, aku kesiankan org kg tu la... dah duduk lama kat situ, tetiba kena halau dan rumah kena rodok... aduss, sedihlah...

    BalasPadam
  7. kalau kena kat keluarga kita, mmg memilukan :D

    BalasPadam
  8. tunggu durian jadi tempoyak baru sedap cicah dengan timun..huhu

    BalasPadam
  9. kita tiada pilihan demi duit dan kuasa...yang untung jadi durian..timun jadi acar je..lah! ;((

    BalasPadam
  10. sedih bila baca berita mcm ni..entah siapa lagi yg dpt tlg mempertahankan hak mereka.. ;( ;( ;(

    BalasPadam
  11. siaplah mentimun tu nak melawan durian... :(

    BalasPadam
  12. nasib mentimun yg dianggap lemah,dipijak2 maruahnya..hak nya dinafikan..

    BalasPadam
  13. menngolek kalah, digolek pun kalah..saya pernah duduk rumah setinggan masa kecik dulu. dah masak sangat benda ni

    BalasPadam
  14. Jawablh sendiri di padang mahsyar esok apabila mengambil hak org lain tanpa redha. Pemerintah patut lebih sensitif dlm menangani isu ini.

    BalasPadam
  15. Errmm... msia nie masih ramai lagi yang jenis takmo ambil PEDULI masalah orang lain... tak kena kat dia so dia tak nak ambil tahu... itu bukan masalah dia... macam mana nak bersatu?... hmmm....

    BalasPadam
  16. Oh yea... dah laju dah komen form kat sini... tak mcm dulu selalu hilang2 pastu refresh byk2 kali pun tak keluar2... :D Well done...

    BalasPadam