Kisah rumah kampung di bandar-bandar disodok oleh pihak berkuasa tempatan atas pelbagai alasan yang lebih mengutamakan pemaju sudah kerap kali berlaku. Rumah-rumah kampung yang didiami lebih dari setengah abad disodok atas nama pembangunan.
Berkali-kali dibantah dan disuarakan tentang hak dan kebenaran penduduk kampung, akhirnya penduduk kampung tetap juga dihalau keluar dari rumah sendiri. Jika ada pampasan dan ganti rugi sekalipun, ianya tidak setimpal. Malah, rumah yang diberikan juga jauh lebih sempit dan hanya diberikan dua buah bilik tidur sahaja. Tentunya, bilik tidur yang kecil bilangannya ini menyukarkan keluarga yang mempunyai anak ramai. Entah berapa ribu kes gejala sosial yang diakibatkan oleh masalah rumah pangsa yang sempit ini.
Jika dibiar, hidup kita merana. Jika dibantah, katanya kita menderhaka pemerintah pula. Nak buat macam mana, kita mentimun mereka pula durian. Manakan boleh timun melawan durian.
Itulah nasib mentimun... nak bersuara, sendiri yg lagi merana... :(
BalasPadamjikalau sememangnya berhak pertahankanlah hak itu walau sebuah rumah kecil di tengah kotaraya..biar jadi timun pahit yg xboleh dikunyah...
BalasPadamdiluah mati emak, ditelan mati bapak.. hmm..
BalasPadamSY kisah timun dan durian ni berlaku dimana-mana, dalam organisasi pejabat sendiri pun itulah realitinya,antara staff dan majikan contohnya...
BalasPadamjika durian dijadikan tempoyak, cicah mentimun sedap jua :) hiduplah atas kaki sendiri sehingga akhir.. nak buat macamana ... pemerintah sedemikian rupa :)
BalasPadambila dibaca, complicated jugak isu nih sebenarnya, melibatkan hak dan harta pusaka... tapi, aku kesiankan org kg tu la... dah duduk lama kat situ, tetiba kena halau dan rumah kena rodok... aduss, sedihlah...
BalasPadamkalau kena kat keluarga kita, mmg memilukan :D
BalasPadamsusah nak cakap.....
BalasPadamtunggu durian jadi tempoyak baru sedap cicah dengan timun..huhu
BalasPadamkita tiada pilihan demi duit dan kuasa...yang untung jadi durian..timun jadi acar je..lah! ;((
BalasPadamsedih bila baca berita mcm ni..entah siapa lagi yg dpt tlg mempertahankan hak mereka.. ;( ;( ;(
BalasPadamsiaplah mentimun tu nak melawan durian... :(
BalasPadamnasib mentimun yg dianggap lemah,dipijak2 maruahnya..hak nya dinafikan..
BalasPadammenngolek kalah, digolek pun kalah..saya pernah duduk rumah setinggan masa kecik dulu. dah masak sangat benda ni
BalasPadamJawablh sendiri di padang mahsyar esok apabila mengambil hak org lain tanpa redha. Pemerintah patut lebih sensitif dlm menangani isu ini.
BalasPadamErrmm... msia nie masih ramai lagi yang jenis takmo ambil PEDULI masalah orang lain... tak kena kat dia so dia tak nak ambil tahu... itu bukan masalah dia... macam mana nak bersatu?... hmmm....
BalasPadamOh yea... dah laju dah komen form kat sini... tak mcm dulu selalu hilang2 pastu refresh byk2 kali pun tak keluar2... :D Well done...
BalasPadam