27 Jun 2014

Minum Air Suam Di Kala Subuh

Kerap alami masalah hidung tersumbat ketika bangun dari tidur, aku kini gemar mengamalkan tabiat minum air suam ketika bangun dari tidur pada awal pagi supaya dapat melegakan saluran pernafasan aku. Menurut pelbagai sumber yang aku peroleh dari internet, tabiat meminum air ini banyak memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan kita.

Ia adalah salah satu perkara yang mudah dalam menjaga kesihatan. Tapi, sebagaimana perkara baik lain, kita seringkali culas dalam melaksanakan  atas pelbagai alasan yang lebih kepada malas sebenarnya.

Antara manfaat yang dijelaskan melalui beberapa kajian yang dijalankan berkenaan minum air suam awal pagi ini adalah:


  • Meningkatkan metabolisme. Minum air awal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisme sehingga 24% sepanjang 90 minit.
  • Hilangkan dahaga selepas bangun tidur. Tempoh tidur yang biasanya memakan masa antara 7-8 jam adalah agak panjang. Walaupun tekak kita rasa macam tak haus, tetapi badan kita sebenarnya memerlukan kita mengambil air minum.
  • Membuang toksin. Buah pinggang kita berkeupayaan menyingkirkan segala toksin di dalam badan pada kadar yang sangat sempurna. Itupun dengan syarat, pengambilan air harian perlulah mencukupi. Justeru, minum air suam di kala Subuh dapat membantu mengoptimumkan tugas buah pinggang kita membersihkan badan dari toksin-toksin.
  • Tisu otak kita adalah 75% air. Jika tubuh kita kekurangan air, kita akan mudah alami lenguh-lenguh badan.
  • Kita akan kurang makan. Satu kajian menunjukkan, apabila kita minum air sebelum makan, berat badan kita akan berkurangan dalam tempoh 3 bulan.


Kesimpulannya, tubuh kita mengandungi 72% air. Justeru, memimum air di kala Subuh dapat membantu tubuh kita rehydrate dan menjadikan hari kita lebih bertenaga dan kick-ass. Tak perlu nak A-A-A-A-Aliii Cafe sangat waktu pagi ni.

-Sumber imej diperoleh dari Gelelectrics


21 ulasan:

  1. saya minum sebelum, semasa dan selepas makan... opppsss

    BalasPadam
  2. sy jarang2 amalkan kdg2 da siap mandi sebelah pg tu baru lah mnum air. Apapun good info. Tq sharing. :)

    BalasPadam
  3. tapi kalau bulan puasa, minum sebelum Subuh tau..hehe.Salam Ramadhan

    BalasPadam
  4. atok shin ckp.. minum air pas mangon tido.. jgn gosok gigi dulu.. petua awet muda.. shin amalkan sampai la ni.. ntah betul ker tak huhu

    BalasPadam
  5. Kalau lepas subuh memang selalu minum air mineral, nak serapan nanti baru minum minuman manis.

    BalasPadam
  6. SALAM RAMADAN...AIR PENTING UTK TUBUH..MINUMLAH BANYAK2...

    BalasPadam
  7. At least 2-3liter sehari :)
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    BalasPadam
  8. Amalan yg baik & menyihatkan. Thanks sharing bro & Salam Jumaat.. :)

    BalasPadam
  9. Kalau ingt aku letak air sebelah katil. Bangn tdur ters minum air..
    Kdg mls nk g dpur

    BalasPadam
  10. badan sihat dan ada air mudha kita bergerak buat kerja dalam satu hari suntuk. ini satu cara elak badan kita lemah dna sembelit

    BalasPadam
  11. saya memang dh rutin, bgn tdur trus capai tumbler.. ingat... 1 liter per 25kg berat badan..

    BalasPadam
  12. Memang bagus minum banyak air suam ni...mudah sebenarnya tapi tak berapa ramai yang suka amalkan. Tq for sharing

    BalasPadam
  13. berita baik utk yag nak turunkan berat badan ... minum air suam .

    BalasPadam
  14. untuk elak perut buncit elakkan minum selepas makan tunggu dalam 20 minit dulu...Juga jangan makan selepas pukul 7 malam jika taknak tayar spare...

    BalasPadam
  15. Amalan yang baik, salam Ramadhan! :D

    BalasPadam
  16. memang biasa dah minum air lepas bangun tdo.

    BalasPadam
  17. InsyaAllah kita amalkan kecuali bulan puasa...sebelum subuh...

    BalasPadam