Ibu tunggal di Malaysia ni memang mencabar kehidupannya. Ibu yang bekerja untuk bantu suami tampung belanja harian pun kadang-kadang sengkek, inikan pulak yang seorang diri menyara nafkah keluarga. Berapa sen sangatlah kalau nak harapkan duit bantuan JKM semata-mata. Nak tak nak, kita semua kena keluar bekerja untuk tampung perbelanjaan harian keluarga yang semakin meningkat ni.
Kita yang jaga anak normal ni pun dah rasa financial constraint akibat kenaikan harga barang yang mendadak. Inikan pula parent yang jaga anak OKU.
Seperti biasa dalam masyarakat kita, apa sahaja isu, perkara utama yang kita perlu buat adalah mencari orang yang perlu disalahkan. Penyelesaian dan langkah pencegahan untuk elakkanya dari berulang, belakang kira. Perkara pokok pada majoriti kita adalah siapa yang patut dipersalahkan.
Misalnya, dalam isu Firdaus yang menghidapi Cerebral Palsy. Majoriti masyarakat cenderung untuk salahkan ibu Firdaus sahaja, Puan Lola. Masalah yang dihadapi oleh Puan Lola hingga membawa kepada keadaan Firdaus terabai dan tidak terurus, tidak pula diambil kira. Penjagaan Firdaus sebenarnya telah terabai secara sistematik. Ia bukan berlaku sekelip mata. Masakan pula, secara tiba-tiba si ibu tidak ambil peduli tentang anaknya yang kurang upaya walaupun sudah bersusah payah menjaganya sejak lebih dari 15 tahun. Sedangkan, pada November 2011, terdapat foto yang memaparkan keadaan fizikal Muhammad Firdaus adalah amat baik, jauh bezanya dengan keadaan beliau yang terkini. Proses yang membawa kepada Firdaus penjagaannya terabai ini mungkin berlaku pada kadar yang perlahan dan berperingkat.
Kehidupan ini bukanlah boleh dinilai hanya pada sisi jahat atau baik sahaja. Warna hitam atau warna putih. Ataupun 1 dan 0 sahaja. Hidup ini bukanlah seperti pernomboran binary yang mengandungi nilai 1 dan 0 sahaja. Hidup ini banyak warna kelabu lagi jika nak dibandingkan dengan warna hitam atau putih. Ia juga bukan seperti di dalam filem atau drama TV yang mana watak baik dan watak jahatnya begitu jelas.
Kejahilan akan membawa kita kepada kezaliman. Fahami dan pelajari dari sesuatu perkara adalah lebih baik dari terus meletakkan kesalahan atas mana-mana pihak. Jika hendak diletakkan juga kesalahan itu atas mana-mana pihak, aku rasa, kita semua inilah yang patut dipersalahkan kerana telah membiarkan kehidupan berteraskan nilai material mengatasi nilai kemanusiaan.
kita kena fahami semua faktor yang menyebabkan terjadinya semua itu... tapi ada jugak faktor zalim kat situ ;)
BalasPadamSetuju dengan PD. :>)
PadamYup. Putaran ganas kezaliman. Sesuatu kezaliman akan membawa kepada satu lagi kezaliman. Adalah amat sukar untuk diatasi jika seseorang individu itu sudah terjebak ke kancah kezaliman hidup.
Padamsetuju
BalasPadambetul tu..setuju..
BalasPadammanusia memang suka cari sebab, bukan cari jawab. lagi-lagi orang kita :)
BalasPadamSekarang semua orang dah nafsu nafsi. Masalah setiap individu dipayungi oleh syarikat insuran yang menawarkan jalan keluar untuk terus hidup secara nafsu nafsi. Tugas masyarakat jadi cacat dan hubungan kejiranan punah.
BalasPadamsetuju bro..penulisan kau amat menarik..membuatkan aku terfikir... siapa yg bsalah skrg? itulah psolanya ..kita dia ..pihak bwajib.. erm... fikir dan fikir
BalasPadamzalim juga....
BalasPadamMemang kita tak patut letak kesalahan keatas ibu si mangsa seratus peratus tanpa mengetahui keadaan dan situasi sebenarnya..
BalasPadamTetapi masyarakat keliling juga ada mata ada hati ada telinga dan ada naluri untuk menilai apa yang berlaku..
Apa2 pun kita masih ada undang2 ...biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka seadilnya...kita cuma boleh tunggu dan lihat kebenarannya nanti....
Semoga secebis kisah hidup insan bernama manusia ini sebanyak sedikit menjadi iktibar untuk kita semua...
wallahu'alam...
Setuju dgn apa yg dikatakan... mmg risau dgn keadaan msykt sekarang. Bimbang juga dgn masa depan anak2 nanti hmmm...
BalasPadamaku bagi hang gred A untuk entry nih... *thumbs up*
BalasPadambagus la ada pemikiran camni.. tp sygnya mostly ramai yak fikir sebaliknya.. negative ajer
BalasPadambanyak sisi yg harus dipandang dikaji sebelum melontarkan pendapat menyalahkan sesiapa sbb kita belum diuji menerima keadaan itu...jikalau kita diuji sebegitu apakah kita sezalim itu...astghfirullah moga kita dijauhli-Nya.
BalasPadamsemua terjadi atas sebab dan akibat,tanggung jawab setiap anggota dalam masyarakat semakin pupus oleh faktor kesibukan..
BalasPadamMenarik entry ni. Pasti ada pandangan berbeza dari sisi seorang ibu, seorang pemimpin, seorang ahli agama malah kita sendiri sebagai penonton. Kita memberi komen atas apa yang disiarkan di media sedangkan kita tak pernah mengenali mereka atau berjiran dengan pn.lola. Masalah org kita, cepat sgt berprasangka buruk. Saya teringat kisah nabi musa dan khidir.
BalasPadam