Monopoli adalah musuh utama pasaran bebas. Ia bukan sahaja menindas pengguna, malah bakal menjadikan sesebuah industri tidak kompetitif. Dasar penswastaan membolehkan kerja-kerja utiliti asas seperti air, elektrik dan telekomunikasi diswastakan lalu menjadikan agensi kerajaan yang mengurus utiliti sebelum ini dijadikan entiti korporat iaitu SYABAS, TNB dan TM.
Umum mengetahui majoriti pembekalan tenaga ke seluruh negara dikuasai oleh TNB dengan pemegang akaunnya yang mencecah 6 juta. Sudah terang lagi bersuluh ia adalah monopoli. Justeru, sebarang kenaikan kos operasi yang kebanyakannya berpunca dari kelemahan belanja mengurus boleh dengan sewenang-wenangnya dipindahkan terus kepada pengguna.
Berdasarkan sesi soal-jawab Dewan Rakyat di Parlimen pada 2 Julai lalu, ura-ura kenaikan tarif elektrif dijangka bakal dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini.
Berikut adalah excerpt sesi soal-jawab berkenaan tarif elektrik yang dipetik dari laman KeTTHA;
DATO' SERI TIONG KING SING [BINTULU]
Session: January-April
Date: Thursday, 27 June 2013
Question:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah pelan menyeluruh penstrukturan kadar tarif elektrik dalam masa 5 tahun ini; dan
(b) adakah Kerajaan akan membuat semakan terhadap tarif elektrik terkini bagi mengurangkan beban rakyat
Answer:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pelan penstrukturan tarif elektrik di negara ini bagi tempoh 5 tahun adalah ke arah penetapan kadar tarif yang menggambarkan kos sebenar pembekalan elektrik melalui kaedah penetapan tarif yang telus. Kadar tarif yang ditetapkan bukan sahaja pada kadar yang mampu dibayar oleh pengguna tetapi berupaya memberi pulangan yang mencukupi bagi membolehkan pihak utiliti terus melabur dalam sistem pembekalan elektrik negara.
2. Bagi memastikan ketelusan dalam penetapan kadar tarif dipertingkatkan, Kementerian bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang melaksanakan mekanisme Kawalselia Berasaskan Insentif atau Incentive Based Regulation (IBR), dengan izin ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB). Melalui pelaksanaan mekanisme IBR ini, kedudukan kewangan TNB dikawal selia dengan lebih berkesan dan dapat memastikan pihak TNB beroperasi secara efisien dari segi kewangan dan teknikal. Kementerian menjangkakan pelaksanaan sistem kawalselia baru ini akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai tahun 2014.
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
3. Berikutan peningkatan kos bahan api kepada Sektor Tenaga di Malaysia terutamanya dengan kemasukan gas cecair asli (Liquified Natural Gas - LNG) yang diimport melalui Terminal Regasifikasi di Melaka, semakan semula kadar tarif elektrik tidak dapat dielakkan. Kerajaan akan mengkaji setakat mana pihak utiliti akan dibenarkan untuk melepaskan perubahan kos bahan api terus kepada pengguna akhir berdasarkan mekanisme pelepasan kos bahan api atau fuel cost pass-through, dengan izin.
4. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus membantu pengguna untuk mengurangkan impak kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik antaranya dengan memastikan kategori pengguna tertentu di bawah 200 kiloWattjam sebulan tidak mengalami kenaikan tarif dan mengkaji cadangan untuk meneruskan program pengecualian pembayaran bil elektrik bagi penggunaan di bawah RM20 sebulan kepada rakyat berpendapatan rendah.
Persoalannya, semenjak pengkorporatan LLN menjadi TNB pada 1 September 1990, ia langsung tidak mencapai objektifnya iaitu untuk mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran, membaiki kecekapan dan produktiviti dan membantu dalam pertumbuhan ekonomi sebagaimana terkandung di dalam Dasar Penswastaan 1983. Akhirnya, selepas berbilion wang cukai dibelanjakan untuk tujuan penswastaan, rakyat sekali lagi dipaksakan mengorbankan belanja bulanan masing-masing untuk memperkayakan TNB.
aduhai tambah beban lagi ni !
BalasPadamMgkn sistem satu pihak utiliti ni harus dmnsuhkn..buat mcm tekomunikasi..
BalasPadamMaxis, digi, celcom brsaing harga n kualiti utk tarik cstomer..