Ramadhan ni aku takda lah beria sangat target apa-apa pun dalam hala tuju amalan khusus untuk bulan ini. Aku tak mensasarkan sebagaimana biasa yang kita dengar seperti terawih full 20 rakaat tiap-tiap malam mahupun khatam al-Quran 30 juzuk.
Sasaran aku mudah sahaja. Ia bermula dari tempat tidur aku dimana aku tidak mahu tidur selepas sahur dan ingin menunaikan solat subuh di awal waktu untuk sepanjang tempoh Ramadhan ini. Rendah sikit dari sasaran asal di mana aku ingin berjemaah di masjid untuk solat Subuh. Namun, dalam keadaan iman yang masih lemah ini adalah lebih realistik untuk aku menunaikan solat Subuh pada awal waktu dahulu berbanding pergi berjemaah.
Bangun awal dan bersolat Subuh awal adalah antara proses berterusan untuk merevolusikan jiwa aku dari segala sifat mazmumah. Walaupun nampak kecil pada sesetengah orang, proses yang ringkas dan konsisten ini diharap mampu mengubah cara fikir dan sikap aku terhadap kehidupan.
Sehingga kini, proses yang aku inginkan berjalan seperti yang disasarkan. Semoga aku tidak lemah lagi dengan 'selimut kulit babi' di kala Subuh selepas Ramadhan ini.
Semoga beristiqamah berterusan.
BalasPadamSyabas!!. Suka kakak mendengarnya. Moga Allah terus beri kekuatan. Sambil menanti subuh selepas sahur tu cuba-cubalah selak al-quran. Baca pelan-pelan pun tak apa dik. Sehari dapat sikit cukup sebulan pun dah banyak jadinya.
BalasPadamIn Shaa Allah, kalau dah ada niat tu akan dipermudahkan !
BalasPadam