12 Julai 2013

Magis Di Kala Ramadhan

''Assalamualaikum,''

Tok, tok, tok!

''Cik Normaaaah!'' jerit aku dengan nada yang high pitch. 

Tok, tok, tok! Aku sambung mengetuk pintu.

''Assaalaaa...''

Belum sempat aku habis beri salam, pintu rumah dibuka.

''Waalaikumsalam. Ooo. Anak cik Usop, ingat budak mana la tadi,''

''Ni, mak bagi,'' aku yang berusia 8 tahun ketika itu menyuakan sepinggan popia yang ditutup dengan kertas surat khabar.

''Uiiissyyy. Todia. Mak hang buat popia noo,''

Makcik Normah membuka helaian surat khabar Minggu Malaysia yang digunakan untuk menutup makanan tadi. Aku tak tau apa tujuan mak aku menutup dengan surat khabar walaupun rumah aku dengan rumah makcik Normah tu cuma sebelah aje pun.

''Sat. Makcik nak pi salin bekaih nak boh kueh bagi kat hang sat,''

Mata aku melirik kepada rancangan televisyen yang dipasang di ruang tamu rumah makcik Normah. Di depan TV, On dan Heri tengah terbongkang bantai tidur.

''Laa.. Patutlah senyap, diorang tidur rupanya. Boring la aku petang-petang ni,'' getus hati aku ketika melihat geng main kejar-kejar aku sedang lena keletihan puasa.

Sekonyong-konyong muncul makcik Normah membawakan kuih karipap di dalam pinggan yang aku bawa tadi. 

''Terima kasih,'' ujar aku.

Makcik Normah membalas dengan senyuman sahaja. Aku berlari sambil membawa pinggan kaca yang berisi karipap itu.

''Jangan lari. Sat lagi jatuh pecah pinggan tu karang,'' jerit makcik Normah disaat aku membuka pintu rumah aku di Blok 11, Kem Lok Kawi.

Aku meletakkan karipap tadi di atas kabinet dapur. Sambil itu mata aku mengintai air bandung yang sedang dibancuh oleh mak. Terliur pulak tengok air bandung time-time macam ni. Hari panas seperti hari ini membuatkan tekak seorang budak berusia 8 tahun lebih cepat dahaga.

''Kamu berlari ye tadi?''

''Errr...'' rasa bersalah la pulak nak menipu ibu sendiri di bulan Ramadhan ni.

''Dah, kamu pegi hantor popia ni kat rumah makcik Zah pulak,''

''Cik Zah mana pulak ni mak?''

''Cik Zah. Yang baru pindah yang duduk kat tingkat 2 blok kita ni la,''

''Ooo.. yang hari tu kita ada tolong angkat pindah barang pakai trak dengan ayah hari tu kan,''

''Haa.. Iye le. Isyh, kamu ni. Kecik-kecik lagi udah pelupe,''


Aku bergegas menghantar kuih popia itu ke rumah makcik Zah. Petang itu, aku telah menghantar popia ke tiga buah rumah di blok rumah flat askar yang aku diami. Menjelang waktu berbuka puasa, hidangan juadah berbuka kami terdiri daripada karipap berinti daging, kuih tepung pelita dan lauk ayam masak merah. Walaupun sebelum itu, mak hanya menggoreng popia dan memasak lauk sardin sebagai juadah hidangan berbuka puasa.

Itulah dia 'magic' dikala Ramadhan.


4 ulasan:

  1. rezeki ramadan... dkt kg lagi syok..hehehe

    salam ramadan ^-^v

    BalasPadam
  2. best bertukar-tukar juadah..tak perlu ke bazar ramadhan..hehe

    BalasPadam
  3. magic rezeki tu namanya...huhuh..untungla ada jiran yg baik hati kan...hehehe

    BalasPadam
  4. betullah antara yg KA paling suka bulan2 puasa ni tradisi bertukar juadah mcm ni !

    BalasPadam