27 Julai 2013

Lazy Saturday

Pagi ni habis rabak mata aku. Malam semalam anak aku yang bongsu umur 7 bulan, buat pe'el tak nak tidur. Dia punya ligat tak duduk diam sampai nak terjun katil. Bubuh dalam ndoi (buaian) pun sama. Kejap dia mengiring ke kiri, kejap dia mengiring ke kanan. Bagi susu pun tak mau. Bila didukung, menyengih je nampak gusi dia.

Pukul 3 pagi baru dia merengek nak susu, lepas tu baru la lelap. Nasib baik la hari Sabtu aku memang cuti.

Haih, kalau tiap-tiap malam dia buat perangai macam ni memang boleh terlelap dalam meeting selalu lah aku lepas ni.

2 ulasan:

  1. sesekali dia nak manja tu...hehehe

    BalasPadam
  2. peel nk m'besor tuh. record2. nnti dia besar sket buleh show-off kat dia. musti sweet! he3..

    BalasPadam