15 Julai 2013

Juadah Basi dari Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan. Dah 6 hari puasa pun aku still tak pernah lagi membeli juadah di bazar Ramadhan pada tahun 2013 ni. Aku menjadi kurang berminat untuk berada di dalam situasi bersesak-sesak di bazar.

Ditambah pula dengan insiden karipap inti basi yang bapak mertua aku belikan Sabtu lepas menguatkan lagi dorongan untuk aku tidak pergi membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan. Ya, aku tau bukan semua peniaga berperangai macam tu. Tetapi, risiko untuk terkena pada peniaga yang berperangai scumbag ni tetap wujud.

Kenalan-kenalan aku juga turut sama ditipu oleh peniaga di bazar Ramadhan tahun ini. Ayam percik mentah, nasi beriyani kambing basi, daging murtabak berbau busuk serta kuih-muih recycled merupakan antara pengalaman celaka yang menimpa pada kenalan-kenalanku.

Aku memilih untuk menceritakan perihal kualiti je oleh kerana bab makanan sedap atau tak sedap tu dah belakang kira bagi golongan berpendapatan rendah macam aku ni. Golongan macam aku ni, dah sampai ke satu tahap, tak sedap takpe asalkan boleh kenyang dan murah sudahlah. Ini realiti di Malaysia. Kita sanggup korbankan kualiti demi harga dan kuantiti.

Untuk menghindarkan dari terkena dengan penjual penipu pada awal Ramadhan ini adalah agak sukar. Ini kerana kebanyakan pembeli pada waktu ini masih diperingkat test market lagi. Justeru, penumpuan ke arah gerai-gerai juadah yang awesome masih lagi berserakan.

Buat masa ni memang ada satu-dua gerai yang aku tengok orang sanggup beratur panjang. Sebagaimana gerai yang menjual popia basah di bazar Desa Pandan. Rasa popia dia bagi aku, kira OK lah. At least, popia dia bukan popia basi.

Bazar Ramadhan Desa Pandan - Imej kredit kepada Oh! Media

Puasa sepatutnya mengajar kita untuk bersederhana termasuklah di dalam bab makanan, tetapi di Malaysia budayanya adalah Ramadhan adalah bulan di mana kita berbelanja dan terus belanja. Oleh itu, faktor kita sebagai pengguna yang gemar membazir dan membeli lebih daripada keperluan diri mendorong kepada wujudnya peniaga yang mengambil kesempatan menjual juadah yang tiada kualiti. 

Lagipun, secara psikologinya dalam keadaan lapar dan dahaga, dorongan untuk menurut kehendak hawa nafsu supaya membeli lebih kuat berbanding rasional akal. Sebab itulah, kita melihat peniaga-peniaga yang menjual juadah reject macam tu masih lagi berniaga sehingga ke akhir Ramadhan.

16 ulasan:

  1. Untung isteri saya di rumah sentiasa menyediakan hidangan berbuka.

    Saya memang tak ke pasar ramadan. Banyak fitnah.

    BalasPadam
  2. Banyak hikmah jikalau isteri menjadi suri rumah sepenuh masa ni. Antaranya boleh dapat hidangan berkualiti.

    Disamping itu, dapat mencegah suami daripada melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala suami ketika di bazar oleh kerana makwe-makwe pesen sekarang ni pegi ke bazar dress-up mengalahkan amoi. Hehehe

    BalasPadam
  3. Kakak pula walau dah terkena membeli basi, tak ada rasa tapi tetap membeli dari dulu hingga kini (tak serik tu hihi... + malas)

    Kakak lebih suka balik kerja lepas mandi terus sambung tadarus sebab solat di pejabat tak ada peluang nak bertadarus. Kalau boleh khatam 2-3 kali di bulan ini puas rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang ni bila laki bini yang berkerjaya, bazar Ramadhan tu dah jadi keperluan akibat kesuntukan masa. Lagipun, nak memasak ni memang penat. Tambah-tambah pulak lepas balik kerja kena dengan jam lagi.

      Memang tak larat.

      Padam
  4. KA prefer masak sendiri sebab dah terkena banyak kali dulu2.. cuma adalah beli kuih2 ikut selera anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih-kuih ni yang sedapnya makan bila lepas balik dari terawih. Sajer seronok nak mengunyah makanan. Haha.

      Padam
  5. kpd peniaga2.. jgn la jual mende2 basi kat customer. kejam sgt tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macam mana, peniaga macam ni spesis yang 'bertuhankan' keuntungan. Dia dah tak peduli dengan customer, yang penting janji masssyyuuuuuukk.

      Padam
  6. Salam..
    Samalah.xprnh jejak bazar lg stkt nii..
    buka kat surau n sahur kt msjd negeri. Sedap pn sodap haha ha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekonomik sangat tu bro berbuka kat surau. Teringat zaman saya student dulu.

      Padam
  7. lebih elok rasanya menyediakan juadah di rumah dari membeli dari bazaar kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. tak payah pening-pening nak cari parking. hehehe

      Padam
  8. Alhamdulillah, ramadhan tahun ni belum lagi beli di bazar. Tahun sudah dah terkena tentang hal makanan recycle dan basi. Serik rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kat peniaga yang betul-betul jujur pun ada jugak. Kadang, orang lain yang buat hal, habis semua peniaga dapat nama buruk.

      Padam