Heboh semalam pasal isu murid SRK Sri Pristana disuruh makan di dalam tandas. Sama ada bilik dia benar-benar tandas seperti pada awalnya dihebahkan atau bukan tandas seperti yang dijelaskan oleh blog wartawan TV3, ia tetap perkara yang menarik untuk dibincangkan.
![]() |
Imej yang menaikkan populariti SRK Seri Pristana, Sg Buloh |
Pada mulanya, aku macam panas jugak baca pasal pentadbir sekolah suruh budak-budak ni makan kat dalam tandas. Apa gila paksa bebudak makan dalam tandas. Tau la muslim tengah puasa, tapi tak payah la sampai letak budak-budak beragama lain makan kat dalam tandas. Ni pandangan aku masa mula-mula baca isu ni melalui share kat Facebook.
Bila selongkar-selongkar tentang isu ni, aku jumpa explaination daripada blog Mazidul yang mengatakan bahawa ini bukan tandas, ia cuma bilik persalinan disebabkan kantin sekolah sedang dinaiktaraf. Lagipun, bilik persalinan tu akan digunakan untuk menampung jumlah murid yang ramai ketika waktu rehat semenjak bulan Mac lagi.
Mengikut cerita, bilik persalinan tu dah takda function untuk mandi lagi dah bila shower dia pun dah diterbalikkan. Jadi, setakat salin pakaian aje la. Nak mandinya pulak.. Jadah apa taruk shower tapi tak bagi pakai?
Hmmm...
Ok, aku faham. Sebab bilik tu dah jadi dual function, time biasa jadi tempat salin pakaian dan waktu rehat jadi secondary canteen, kan.
Shower dah diterbalikkan tanpa kepastian sama ada airnya masih keluar atau tidak. Budak-budak ni bukan kira, shower terbalik pun boleh bantai mandi. |
Barangkali, melalui publisiti yang tidak disengajakan ini, pihak pentadbir sekolah boleh sahaja memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Pelajaran untuk menaiktaraf keadaan kantin mereka dengan kadar yang segera. Lagipun, masalah sekolah-sekolah di Malaysia adalah dari segi pengagihan murid dan kapasiti sekolah. Ada sekolah murid sampai melimpah ruah sebab kekurangan sekolah. Ada pulak kat satu daerah, sekolah banyak sangat sampai kena buat agihan sekolah mengikut tempat tinggal.
Walaubagaimanapun, disebalik penceritaan kedua-dua belah pihak, baik dari Amenoworld mahupun Mazidul, masing-masing menunjukkan pendirian mereka yang jelas. Kedua-dua blog ni walaupun mereka cuba mengatakan neutraliti mereka, tetapi aku tau kecenderungan politik masing-masing. Ala, sekilas air dikali sudah tau blog PR atau blog BN.
Namun begitu, pujian terhadap kedua-dua mereka oleh kerana sedaya upaya menyampaikan hujah masing-masing melalui fakta. Takdalah main cakap guna kepala lutut macam ahli-ahli politik kat Malaysia ni. Paling tidak pun, dengan adanya internet kita dapat mendapatkan kesahihan maklumat dari kesemua pihak dan yang pastinya ia telah mendorong daya pemikiran kita supaya lebih kritis dalam penerimaan maklumat.
Terima kasih Internet.
Tak tau pun cerita ni. Baru hari ni baca dan tau.
BalasPadampropa je tau! isk3..
BalasPadammacam2 hal .. ~ hahaa ~ stuju @ArEleEz, propa aja .. ^_^
BalasPadam