07 Julai 2013

Harga Ayam naik lagi

Naik lagi. Kali ni harga ayam pulak yang naik. Esok lusa, tak tau apa pulak harga barang keperluan yang naik. Harga ayam sebelum ni berharga RM7.00 atau RM7.50 sekilo dah naik ke RM9.00 sekilo.

Ramadhan pun belum start lagi, tau-tau dah naik harga. Nanti entah apa pulak yang naik masa dekat nak Raya nanti.

Tapi, masa aku beli ayam 2 minggu sudah dekat pasar malam Taman Maluri, suka-suka hati je peniaga pasar malam tu jual kat aku RM9.00 sekilo. Aku pulak bingai tak tanya awal-awal harga sekilo berapa. Bila dah siap potong baru teringat nak tanya. Nah! Ambik ko, ayam 2.5 kilo, RM22.50. Tak pasal lari bajet belanja untuk beli lauk aku hari tu.

Pengguna sure akan kompelin. Tapi, sudah menjadi lumrah hidup di Malaysia ni, salah menyalah dan tuding -menuding kesalahan akan berlaku tanpa sebarang penyelesaian sepertimana lagu 'Bangau oh Bangau'. 

Peniaga kata harga mahal sebab pemborong yang naikkan. Pemborong pulak kata harga mahal sebab kos makanan ayam meningkat, manakala pembekal makanan ayam pulak kata kos naik sebab nak buat makanan ayam sekarang ni mahal.

Menteri pulak nanti kata, ''Kalau tak mampu nak beli ayam sebab harga ayam mahal, tak payah makan ayam,''

Update: 15 Julai 2013

Kan aku dah cakap.

3 ulasan:

  1. pehh..agak2 la nk naik pun..
    dan2 nk dekat puasa ni la nk naik..

    BalasPadam
  2. kat tempat ai.. RM8.20.. :(

    BalasPadam
  3. mmg tinggi lah rega ayam skang ni !

    BalasPadam