Dilema jugak aku sekarang dalam memilih prioriti menjelang Aidilfitri. Baju hujan atau baju Melayu. Ikutkan aku memang aku akan pilih baju hujan dalam keadaan sekarang ni. Buatnya musim hujan nanti, takkan aku masih lagi nak pakai baju hujan rabak yang dibeli awal tahun ini untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Pada perkiraan aku, memandangkan baju Melayu aku tahun lepas masih lagi dalam keadaan yang baik, adalah satu pembaziran jikalau aku membeli sepasang lagi untuk Raya tahun ini. Lagipun, aku ni memang tak suka pakai baju Melayu walaupun aku orang Melayu tulen. Dalam setahun, boleh dibilang dengan jari berapa kali aku pakai baju Melayu. Pergi surau/masjid pun aku tibai pakai t-shirt round-neck.
Haih. Entah apa la aku nak pujuk wife aku supaya jangan membazir membeli baju Melayu baru untuk aku. Bab pujuk-memujuk ni aku bukannya reti sangat.
Mungkin pada akhirnya, aku turuti sahaja kehendak wife aku membeli baju Melayu baru supaya sedondon kami sekeluarga memakai pakaian serba kuning. Tapi, yang pastinya aku menuruti bukan atas sebab seperti yang di dalam laporan akhbar ini:
![]() |
Behold! The wrath of the Isteri. |
amboi. sampai henyak kepala suami sbb x dpt baju raya. ganas...
BalasPadamBini dia tu dulu bekas ahli gusti WWE agaknya.
Padam