Melalui pengumuman berkenaan bonus RM500 yang bakal diberikan kepada penjawat awam malam semalam, memberikan nafas lega kepada seluruh penjawat awam dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Namun, pastinya terdapat segelintir rakyat yang tidak terlibat di dalam sektor awam akan merasa meluat dengan berita berkenaan.
''Orang kerja kerajaan ni dah takda kerja lain ke? Asyik mintak bonus je. Kerjanya jalan lembab jugek,''
Walaubagaimanapun, para penjawat awam mempunyai alasannya yang tersendiri dalam mendesak pemberian bonus daripada kerajaan pusat;
1.
Hutang Keliling Pinggang |
Majoriti penjawat awam merupakan penghutang tegar. Paling tidak hutang yang akan dibuat bagi penjawat awam yang masih muda adalah hutang kenderaan mahupun hutang peribadi. Hutang rumah, bagi penjawat awam yang muda pula masih tidak berkelayakan akibat harga rumah yang tinggi buat masa ini. Bagi penjawat awam, sekurang-kurangnya akan terdapat satu atau dua jenis hutang akan tersenarai di dalam slip gaji mereka. Paling common adalah hutang 'Angkasa'. Bagi yang belum mengetahui, Angkasa adalah badan koperasi yang memberikan khidmat potongan gaji penjawat awam yang membuat pinjaman peribadi dengan bank-bank pada kadar faedah serendah 3.90 %.
Komitmen yang banyak membuatkan belanja bulanan penjawat awam semakin mengecil. Selain dari kos kehidupan yang semakin meningkat, hutang yang banyak membuatkan gaji penjawat awam cuma cukup-cukup sahaja sebelum tarikh terimaan gaji bagi bulan berikutnya. Kadang, ada sesetengahnya lagi seminggu nak masuk gaji poket dah kempis.
![]() |
Gambaran dompet penjawat awam semasa tengah bulan |
2. Perbelanjaan Balik Kampung |
Jarang sekali penjawat awam yang mendapat petempatan yang berhampiran dengan tempat asalnya (rumah keluarga sendiri). Ia sering terjadi terutama bagi penjawat awam yang muda dan baru dilantik. Justeru, pulang ke kampung halaman adalah perkara rutin bagi mereka. Bagi yang bujang, barangkali belanja bulan mereka boleh dibuat simpanan sedikit untuk menampung biaya perjalanan pulang ke kampung. Namun, bagi yang sudah berkelamin, belanja bulanan semakin terhad di mana kekerapan pulang ke kampung menjadi semakin kurang dan ditambah pula terpaksa juga pulang ke kampung mertua.
![]() |
Ini belum campur duit minyak yang lagi banyak pakai bila tersangkut dalam 'jammed' |
Ini menyebabkan pulang ke kampung halaman semasa Aidilfitri sudah menjadi perkara wajib. Sudahlah balik kampung jenguk mak bapak pun dah jarang-jarang, tak kan lah sampai Hari Raya pun tak balik kampung, kan?
Balik kampung ni bukannya boleh balik-balik gitu aje. Kurang-kurang kena ada duit minyak, duit tol, spare untuk beli makanan singgah kat R&R, spare kalau-kalau kereta rosak dan bermacam lagi yang pastinya memerlukan belanja yang besar. Ini termasuk juga bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung.
Jadi, orang kerja kerajaan ni takda duit simpanan ke? Seterusnya, ini membawa kepada poin yang ketiga..
3. Penjawat Awam tiada Wang Simpanan |
Duit simpanan orang kerja kerajaan ni, kalau ada pun, tak sampai 2-3 bulan menyimpan terus kena keluar sampai tinggal kulit buku. Ini disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan dalam hidup.
Ia adalah kerana poin pertama yang aku sebut sebelum ini. Hutang dan komitmen. Orang kerajaan ni gajinya digunakan untuk membayar dan terus membayar. Makanya, duit untuk simpanan bagi kebanyakan mereka adalah hampir tiada langsung, akibat dari perbelanjaan yang semakin meningkat dan tanpa kenaikan gaji yang signifikan. Akibatnya, dah la duit simpanan takda, tapi nak balik kampung. Last-last terpaksalah merayu diberikan bonus sempena Aidilfitri.
![]() |
Nak cukupkan RM100 pun seksa |
Bila dah kat kampung ni, belanja masih juga terpaksa dikeluarkan jugak, Oleh kerana..
4. Status Sosial |
Seorang penjawat awam dipandang sebagai seorang yang berjaya hidupnya dikalangan ahli keluarga dan masyarakat secara amnya. Justeru, terdapat sesetengah individu yang mementingkan status dan harga diri akan menitik beratkan soal kejayaan mereka pada mata masyarakat. Ia akan memanifestasikan simbol kejayaan mereka melalui harta 'kekayaan' mereka.
Walaupun harta 'kekayaan' mereka kebanyakannya dibeli secara hutang, tapi 'who cares', asal dapat tayang kat orang kampung nampak macam orang senang, kira ok lah tu.
![]() |
Sesetengah orang, menunjukkan 'kejayaan hidup' merupakan satu 'seni'. |
Permasalahan ini wujud akibat sudut pandang makna kejayaan bagi masyarakat kita adalah dari segi harta dunia semata. Fungsi atau manfaat individu terhadap masyarakat itu sudah tidak dipedulikan lagi asalkan individu tersebut kaya, atau 'nampak macam kaya', masyarakat kita akan memandang tinggi dan mulia.
Ini adalah hakikat pandangan masyarakat Melayu Malaysia masa kini. Duit adalah segala-galanya bagi kita. Selagi pandangan kita yang mengaitkan kejayaan dengan pemilikan harta benda individu, selagi itu tuntutan bonus penjawat awam melalui CUEPACS akan terus kedengaran bagi tempoh dua hingga tiga tahun mendatang.
Pandangan tersebut adalah pandangan aku semata-mata. Jikalau anda mempunyai pandangan yang berbeza sama ada bersetuju atau ingin membangkang pandangan aku ni, luangkan masa dengan meninggalkan komen di bawah.
kakitangan swasta takde masalah ni ye?
BalasPadamKakitangan swasta pun sama punya masalah macam ni jugak. Pendek kata, seluruh rakyat Malaysia mengalami masalah yang hampir sama. Kalau yang kerja kilang tu, yang terpaksa jalankan shift time raya untuk kejar output pun berlambak jugak. Orang lain rilek-rilek beraya dengan famili, pekerja kilang terpaksa beraya bersama Bangla dan Nepal di kilang.
Padammudah-mudahan bonus ni sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang menerimanya
BalasPadamskrang ni selangkah kluar rumah,,$$ psti melayang.
BalasPadamxkeluar n dok dlm rumah pun $$ mngalir kluar jgk!