Macam bangang. Itulah pandangan aku berkenaan kekecohan yang berlaku di antara penyokong pasukan tuan rumah Pahang F.A. dan penyokong pasukan pelawat Johor Darul Takzim FC. Liga tak seberapa, huru-hara je yang lebih. Masalah pengurusan bola sepak Malaysia ni, memang semenjak dari era Semi-Pro sudah diketahui tunggang langgang, flip-flop dan caca
Perkara yang macam berlaku malam Selasa lepas adalah benda yang ulang-alik berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia. Bak kata Albert Einstein - Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.
Pasukan-pasukan bolasepak yang bertanding dalam liga di Malaysia terutamanya di peringkat paling tinggi iaitu Liga Super adalah kebanyakannya adalah pasukan-pasukan negeri (football association). Sistem bolasepak kat Malaysia ni aku tak tau celah mana yang FAM ikut contoh. Format bertukar-tukar. Kejap boleh import, kejap tak boleh. Benda bangang macam ni, rasanya 1Malaysia dah tau dah. Tak perlu nak diulaskan lagi. Cuma, yang nampak ketara sangat berkenaan huru-hara semalam adalah sikap fanatik kenegerian pasukan-pasukan yang bertanding.
Faktor fanatik negeri penyokong dirasakan sebagai punca kepada pergaduhan semasa perlawanan bola sepak. Bukan nak salahkan penyokong JDT sahaja, tahun-tahun sebelum ini saya telah bagaimana tingkahlaku penyokong Kelantan yang rasanya, lebih kurang seperti penyokong JDT sekarang. Bagaimanapun, alhamdulillah penyokong Kelantan dah mula cool. Bukan disebabkan denda-denda yang FAM kenakan tetapi ini adalah sebahagian daripada proses kematangan penyokong yang memerlukan masa.
Mungkin penyokong-penyokong JDT ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan adab-adab menonton bola sepak. Lambat-laun, mereka akan kembali normal seperti penyokong-penyokong pasukan lain.
Buat masa ini, jika ingin membawa famili dan membawa anak kecil untuk menonton bola, adalah dinasihatkan supaya jangan pergi semasa perlawanan menentang Johor Darul Takzim FC kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan keluarga dan anak-anak anda. Perkara ini adalah lumrah di dalam bola sepak Malaysia, terutama untuk pasukan yang tengah naik kerana penyokong-penyokong mereka baru belajar merasai suasana perlawanan bola sepak.
Berdasarkan rekod, mujurlah unsur-unsur fanatik kenegerian ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Mungkin untuk 1 atau 2 musim sahaja dan kemudiannya sama ada penyokong-penyokong tersebut menjadi matang atau pasukan itu sendiri merudum prestasinya dan tinggallah penyokong-penyokong setia mereka yang bersikap lebih matang.
Jdt mmg bangang
BalasPadam