Berdasarkan keadaan ekonomi semasa bagi saya dan keluarga yang merosot, saya telah membuat keputusan dengan berpindah keluar dari rumah sewa dan mencari alternatif lain. Selepas isteri saya diberhentikan kerja pada Disember tahun lalu, perbelanjaan isi rumah saya sekeluarga semakin mengecil untuk mengimbangkannya dengan pendapatan bulanan pekerjaan saya. Tambahan pula, gaji saya yang kecil ini mempunyai komitmen bayaran ansuran kereta dan termasuk juga pinjaman peribadi yang dibuat oleh saya untuk buat belanja kerja kahwin dahulu. Rumah yang kami sewa itu, bulanannya adalah RM650. Di kawasan seperti Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan-Pandan yang lainnya, rate itu dikirakan masih murah lagi. Tetapi, dengan pendapatan saya yang tak seberapa ini, nilai itu sudah menghampiri separuh dari pendapatan saya.
Oleh itu, untuk mengurangkan defisit perbelanjaan bulanan kami, saya dan keluarga telah berpindah dengan menumpang sewa di rumah mertua saya yang tinggal di kawasan sekitar Ampang.
Diharapkan, menyewa dengan mertua ni, bolehlah hendaknya sewa bulanan itu dikecilkan. Bukannya orang lain pun, menantu sendiri jugak. Ye dak? Hehehe...

Minta isteri cari kerja lain sebab berat bebanan seorang je yang bekerja kalau hidup di kuala lumpur ni. Duduk rumah mertua? ada org kata kalau jauh bau wangi, kalau dekat bau...? hahaha.all the best bro, in shaa allah.
BalasPadamMay Allah s.w.t. helps you with your burden. Amin.
BalasPadam