Rutin harian seorang lelaki apabila sudah menjadi bapa tentunya sangat berbeza berbanding rutin masa bujangnya. Tumpuannya sudah tidak lagi pada minat dan hobinya. Tumpunya beralih arah kepada insan-insan tersayang yang sangat dekat dengannya. Sepertimana diri aku yang mana anak sulung ku yang mencecah usia 2 tahun itu sangat gemar berada dekat denganku. Kadangkala terlalu dekat sampai memanjat belakang badanku ketika sedang solat.
Waktu tidur lelaki versi bapa juga tidak boleh berjaga tidak tentu hala oleh kerana si anak yang umpama kain putih akan mencontohi perilaku bapa jikalau bapanya masih lagi bersengkang mata membuat kerja dihadapan PC. Oleh disebabkan itu, untuk melatihnya tidur awal, setiap malam aku sebagai bapa penyayang akan menidurkan anak sulung ku dengan berbaring sambil menepuk-menepuk disebelahnya. Pada kebiasaanya, aku yang terlelap dahulu berbanding anakku yang sepatutnya ditepuk-tepuk aku supaya lekas tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan